Pakai cheongsam rai Tahun Baharu Cina

10 Feb 2024 • 2:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nadia Jamali lengkap berpakaian cheongsam sudah tiba sejak 10 pagi kerana teruja untuk menyaksikan tarian singa yang akan dipersembahkan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

KUALA LUMPUR - Para pengunjung mengambil peluang memeriahkan pekarangan ibu kota sejak awal pagi bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Tinjauan di sekitar Bukit Bintang mendapati, pengunjung tidak kira dalam dan luar negara menghabiskan cuti umum sempena perayaan itu dengan bersiar-siar, merakamkan momen kenangan serta membeli belah.

Pelajar, Nadia Jamali, 22, berkata, dia yang lengkap berpakaian cheongsam sudah tiba sejak 10 pagi kerana teruja untuk menyaksikan tarian singa yang akan dipersembahkan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

“Sambutan tahun ini agak meriah begitu juga dengan perhiasan simbol naga yang disediakan.

“Ia betul-betul menunjukkan Tahun Baharu Cina ini adalah Tahun Naga,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved