“Pakai Duit Rakyat Ke Tu?” – Anak Jamal Yunos Buat Majlis Kahwin Mewah, Netizen Komen Tak Puas Hati?

3 Oct 2022 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, tular di media sosial mengenai pernikahan anak kepada ahli politik, Dato’ Sri Jamal Yunos Bin Zareef iaitu Amin Daniell bersama wanita pilihannya yang juga personaliti media sosial, Tasnim Shah.

Foto-foto sepanjang majlis pernikahan kedua mempelai yang pada mulanya dimuat naik oleh personaliti TV, Fedtri Yahya itu telah menjadi tular dan dikecam netizen.

Ini berikutan kontroversi melibatkan bapa Amin yakni DS Jamal Yunos yang sebelum ini telah melancarkan ‘crowdfund’ bagi mengumpul dana untuk tujuan membayar saman fitnahnya terhadap Teresa Kok dan Maria Chin berjumlah RM600,000.

Meskipun hantaran tersebut telah dipadam oleh Fedtri Yahya, namun ada netizen yang sempat memuat naik kembali foto berkenaan sambil mengkritik keperluan mengadakan majlis perkahwinan serba mewah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Kata netizen, tak perlu untuk melakukan majlis perkahwinan serba mewah sedangkan bapa sendiri ‘mengemis’ duit rakyat bagi membayar hutang saman fitnah.

Perbelanjaan kahwin pakai tabung solidariti ayah ke tu?

Ada juga yang membuat andaian bahawa majlis tersebut sebenarnya adalah hasil duit sumbangan yang diberikan oleh rakyat.

image is not available

Sumber : Twitter  

Tak baik la korang..kita doakan kebahagiaan Amin dan Tasnim okay!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 jam lalu

"Lihat Dengan Mata Hati.." - Baling Duit Dalam Masjid, Netizen Pertikai Cara 'Habib' Ini Kongsi Rezeki

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved