Pakai Fesyen Ala Telekung Ke Majlis Anugerah, Datuk Seri Vida Dituduh Permainkan Agama

Women's Fashion
28 Feb 2023 • 3:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Busana tersebut merupakan rekaan jenama Behati yang sebelum ini pernah mereka busana buat DSV dalam muzik video 'Ku Ikhlaskan' - Gambar Instagram

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memperagakan busana ala telekung ke acara anugerah Gempak Most Wanted yang berlangsung malam Ahad lalu.

Busana tersebut merupakan rekaan jenama Behati yang sebelum ini pernah mereka busana buat DSV dalam muzik video 'Ku Ikhlaskan'.

“Kalau pakai telekung ni pergi terawih kena berapa saf?” tulis DSV di bahagian kapsyen hantaran gambarnya yang memakai busana berkenaan. 

Menerusi komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram, rata-rata mereka dilihat kurang senang dengan fesyen yang digayakan oleh DSV itu.

“Telekung adalah pakaian yang suci untuk kita menghadap Ilahi untuk solat. Oleh itu jangan dibuat mainan tentang telekung kerana ia mempunyai maksud yang sangat suci buat semua umat Islam,” tulis salah seorang pengguna Instagram. 

image is not available

Di sebalik komen kecaman, ada juga netizen yang terhibur dengan gaya DSV itu yang disifatkan mereka sebagai mengingati bulan Ramadan bakal menjelma. 

“Ingatkan khemah Bazar Ramadan tadi,” tulis salah seorang pengguna Instagram. 

image is not available

Malah ada juga netizen yang mendakwa bahawa DSV ingin berlawan dengan penyanyi, Aina Abdul yang sering tampil dengan fesyen unik dan pelik setiap kali membuat kemunculan di majlis anugerah. – Getaran, 28 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved