“Pakai Niqab Tapi Mata Sangat Cantik” – Ustazah Asma’ Nasihat Wanita Jangan Sampai Tabarruj

Beauty
25 Oct 2022 • 4:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di TikTok, tular satu rakaman video memaparkan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur segelintir wanita yang mengenakan solekan berlebihan pada wajah.

Dalam video itu, Ustazah Asma’ ada menyebut mengenai segelintir wanita berniqab menutup sebahagian muka tetapi bahagian mata sangat cantik dan menyerlah.

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Jelasnya, tujuan utama berniqab adalah untuk mengelakkan perhatian tapi apabila mata disolek berlebihan ianya akan membuatkan ramai tertarik.

Tambahnya lagi, mata dan mulut merupakan tarikan yang kuat bagi wajah tak kira lelaki atau perempuan. Nasihat beliau ini ditujukan kepada semua tetapi bila memakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan seorang wanita itu lebih tinggi.

Sama ada pakai niqab ke tak pakai niqab, maksudnya biarlah wajah kita tu yang natural kecuali mungkinlah pakai bedak sikit pakai sunblock ke pakai krim untuk menutup cela.

Itu kalau kita baca yang ditulis oleh Jabatan Mufti dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri supaya diri tu lebih bersih kemas. Dengan tujuan tersebut lebih kemas lebih bersih lebih berkeyakinan tetapi jangan sampai bertabarruj.

Beliau turut menasihati wanita supaya tidak berlebihan (tabarruj) dalam bersolek. Sebagai wanita biarlah natural dan sederhana sahaja dengan tujuan untuk kebersihan dan keyakinan diri.

Kredit: TikTok @f4tin4yu90

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.