“Pakai Surat Khabar Pun Ada” – Individu Dakwa Peniaga Bazar Ramadan Pekatkan Kuah Laksa Pakai Tisu?

Food
19 Feb 2024 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak kurang dua minggu sahaja lagi pastinya dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.

Dan pastinya, kemunculan bazar Ramadan turut dinantikan kerana banyak juadah yang tidak ada di hari kebanyakan akan dijual khas pada bulan yang mulia itu.

Namun, di sebalik kemeriahan menyambut Ramadan, ada juga para peniaga yang tidak jujur dan bertindak menganiaya pembeli dengan menyediakan makanan yang basi dan seumpamanya.

image is not available

Malah, menurut individu ini, ada peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan tisu semata-mata untuk memekatkan juadah hidangan seperti laksa kepada pelanggan.

Guna tisu untuk pekatkan kuah laksa

Menurut individu itu, dia sudah terkena sebanyak dua kali dan berasa serik untuk menjamah hidangan tersebut.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil berkongsi pengalaman yang sama malah mendakwa ada peniaga menggunakan surat khabar bagi memekatkan kuah laksa/mee kari dan lauk pauk.

Anda ada pengalaman seperti ini? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 days ago

"Lepastu Ramai Mengadu Ramai Bercuti Di Siam" - Tular Notis View Point Wang Kelian Kenakan Caj Kamera Kepada Pengunjung