Pakai Warna Sedondon, Sama-Sama Berbuka Rumah Bekas Mentua, Netizen Puji Fasha Sandha & Nora Danish

3 Apr 2024 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti semua peminat tahu, Fasha Sandha dan Nora Danish menjaga hubungan baik di antara mereka dan malah saban tahun juga masing-masing masih mengekalkan silaturrahim dengan ibu kepada bekas suami mereka, Jejai.

image is not available 9 months ago

“Pergh Jejai Pun Komen!” - Bergambar Bersama, Peminat Kagum Lihat Kemesraan Fasha Sandha & Nora Danish

 

Akrab bersama keluarga besar Jejai

Terbaru, dua aktres jelita itu dilihat bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa di rumah bekas keluarga mentuanya itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Menerusi Instagram, Fasha berkongsi foto-foto ketika majlis itu dan mereka berdua dilihat menggayakan busana berwarna sedondon dan tidak kekok bersama keluarga besar Jejai.

image is not available

 

Ada hikmah apa yang berlaku

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen netizen yang suka melihat hubungan baik Fasha, Nora dan Jejai serta keluarga besarnya itu.

image is not available

Malah, ada yang berkata apa yang berlaku sebelum ini di antara mereka bertiga ada hikmahnya dan kini hubungan mereka begitu baik demi anak-anak.

Suka tengok Nora dan Fasha. Sangat matang.

image is not available image is not available image is not available

View Original Article