Pakaian Ketat Dan Sendat Ameera Khan Jadi Perhatian Netizen, Ada Yang Minta Jadi Model Playboy

Entertainment
20 Mar 2023 • 8:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Ameera Khan

Pempengaruh media sosial dan adik kepada selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Selepas dilihat menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarga, Ameera telah membuatkan netizen tidak senang duduk apabila memuat naik foto terbarunya yang berada di Paris.

Gambar terbaru Ameera mempamerkan dirinya sedang duduk di atas kerusi sambil membaca sebuah buku. Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaiannya yang ketat sehingga menampakkan susuk dan bentuk tubuh badannya. 

Disebabkan itu, ada netizen yang berpendapat bahawa Ameera sesuai untuk menjadi model Playboy. 

"Boleh dah ni jadi model Playboy. Tapi sebelum tu, padam dulu gambar di Mekah," komen seorang pengguna Instagram di foto berkenaan.

image is not available

Netizen juga turut mempersoalkan tentang ahli keluarga Ameera termasuklah abang iparnya kerana dilihat seakan tidak menegur perbuatannya yang berkongsi foto sebegitu biarpun baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. 

"Dia ni macam tak ada famili. Kadang aku pelik, mana pergi mak, bapak, kakak dan abang ipar dia? Takkan tak ada sedikit pun perasaan malu?" komen seorang pengguna Instagram. 

image is not available

Ameera sebelum ini pernah menyahaktifkan akaun Instagram buat seketika. Namun kembali membuat kemunculan semula beberapa bulan lalu dengan tidak lagi mengenakan hijab seperti kali terakhir dia dilihat di media sosial. – Getaran,  20 Mac 2023