Pakaian Masih Basah Walau Dah “Spin”, Lelaki Ini Ajar Cara Betulkan Sendiri

Home & Living
5 Nov 2025 • 8:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pakaian Masih Basah Walau Dah “Spin”, Lelaki Ini Ajar Cara Betulkan Sendiri

Mesin basuh sering menjadi antara perkakasan elektrik yang kita beli untuk melengkapi kemudahan yang ada di rumah yang kita diami.

Dengan adanya mesin basuh, kerja-kerja mencuci seperti pakaian harian, cadar katil dan pelbagai barangan lain menjadi jauh lebih mudah dan cepat.

Namun, bayangkan  setelah penat mencuci dan menunggu mesin basuh selesai berputar, apabila penutup dibuka, pakaian masih lembap, menitis air dan langsung tidak boleh terus dijemur.

Perkara sebegini sememangnya boleh menimbulkan rasa kecewa, selain membazir masa dan tenaga kerana terpaksa menjemur pakaian lebih lama atau mengulangi proses putaran (spin) sekali lagi bagi memastikan ia benar-benar kering.

Justeru, kali ini SK ingin berkongsi dengan anda punca utama mengapa pakaian masih tidak kering sepenuhnya walaupun mesin basuh sudah menjalani proses putaran.

Masalah pada fungsi putaran juga boleh berlaku tanpa disedari

Untuk makluman pembaca, penjelasan ini diambil daripada perkongsian di TikTok @hairulvcool.

Apabila bahagian bawah mesin basuh dibuka, kelihatan pelbagai komponen mekanikal dan elektrik yang berfungsi mengawal operasi cucian dan putaran.

Lelaki itu kemudiannya menunjukkan komponen tali sawat (belting) yang didapati kendur, menyebabkan sistem putaran mesin tidak berfungsi dengan optimum.

“Sekiranya belting masih dalam keadaan baik dan tidak pecah, anda boleh melaraskannya sendiri,” ujarnya.

Gunakan alat seperti yang ditunjukkan dalam video untuk melaraskannya. Sebelum itu, pastikan anda longgarkan dahulu kedua-dua skru pada bahagian motor mesin basuh bagi memudahkan pelarasan belting.

Menurut @hairulvcool, anda hanya perlu tarik perlahan bahagian motor ke hadapan sehingga kedudukannya berada di posisi yang tepat.

Langkah seterusnya ialah ketatkan semula kedua-dua skru tadi. Namun, perlu diingat jangan terlalu ketat supaya motor masih boleh digerakkan sedikit jika perlu.

Selepas proses pelarasan dilakukan, belting kini berada dalam keadaan lebih tegang berbanding sebelumnya, sekali gus meningkatkan kecekapan putaran mesin.

Anda juga boleh menonton video daripada @hairulvcool di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.