Pakaian terlalu terdedah, Bella Astillah ditegur netizen – “Turn off tengok belakang badan tu”

LocalEntertainment
28 Apr 2026 • 10:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila tampil menggayakan gaun rona biru yang dikatakan agak terdedah dan keterlaluan.

Pakaian terlalu terdedah

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Bella dilihat mengenakan busana dengan potongan belakang bahu yang terbuka sehingga memperlihatkan tali bra, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan penampilan tersebut tidak sesuai, malah ada yang meminta Bella agar tampil lebih sopan serta menutup aurat dengan sempurna.

image is not available

Selain itu, segelintir netizen turut mengingatkan pelakon berkenaan supaya menjaga imej diri dan keluarga lebih-lebih apabila sudah berstatus tunang kepada ahli politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pakaian macam orang Barat

image is not available

Turn off tengok belakang tu

image is not available

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Tambahnya lagi, beliau mendakwa bahawa Syed Saddiq terlalu sibuk bercengkerama dan berendut bersama Bella sehingga melupakan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Sumber: Threads ar.bridal.touch

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved