Pakar bahasa bersuara, ‘keno bbodo’ bukan helah, tapi unsur penghinaan kepada polis

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 11:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pakar bahasa menegaskan penggunaan ungkapan keno bbodo dalam loghat Kelantan yang ditujukan kepada pihak polis sebenarnya membawa maksud ‘diperbodohkan’ dan bukannya helah seperti didakwa.

Dari segi tatabahasa tak tepat

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Teo Kok Seong menyatakan dari sudut linguistik, ungkapan itu jelas berunsur penghinaan terhadap pihak berkuasa.

“Kalau ungakapan keno bbodo itu dalam bahasa Melayu standard bermaksud diperbodohkan.
“Saya faham dia kata walaupun polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengadakan tujuh sekatan mereka masih berjaya melepasi semua sekatan itu, jadi (maksudnya) polis dan JPJ diperbodohkan oleh mereka
“Kalau mereka maksudkan ungkapan itu dengan helah, licik, muslihat itu tak berapa tepat, dari segi tatabahasa tak tepat,” katanya.

image is not available

Penutur menganggap diri mereka lebih bijak

Dalam pada masa yang sama, seorang lagi pakar bahasa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Tarmizi Hasrah turut berpandangan istilah tersebut boleh ditafsir sebagai ‘diperbodohkan’ dari segi linguistik, selain membawa maksud pihak penutur menganggap diri mereka lebih bijak.

“Berdasarkan video kenyataan itu kita boleh tafsir ‘puak kita cerdik sebab boleh elak roadblock’.
“Bila ‘puak kita cerdik’, maksudnya polis pula tak cerdik,” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, kenyataan itu tercetus susulan video tular melibatkan ADUN Melor, Wan Rohimi Wan Daud yang berkongsi pengalaman melepasi sekatan jalan raya melalui ‘lorong tikus’.

“Kita dilewatkan oleh roadblock polis. Bile blaka, ambo bile tak kurang dari tujuh (saya kira tak kurang daripada tujuh sekatan).
“Tapi semua kena bbodo kita belaka (Tapi kita berjaya memperdaya mereka semua),” katanya.

image is not available

Susulan itu, polis Kelantan membuka kertas siasatan selepas kenyataan berkenaan didakwa memperlekeh tugas anggota keselamatan dan boleh menjejaskan imej serta kredibiliti Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali)
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved