Pakar dakwa Trump alami kesukaran menelan, berisiko mati tersedak

WorldPolitics
25 Nov 2026 • 5:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pakar dakwa Trump alami kesukaran menelan, berisiko mati tersedak

WASHINGTON: Keadaan kesihatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetuskan kebimbangan selepas beliau dilihat mengalami kesukaran menelan air liur ketika menyampaikan sidang media secara langsung pada Jumaat lalu.

Trump, 80, yang bercakap mengenai harga petrol dan beberapa isu lain selama hampir satu jam setengah, terpaksa menghentikan percakapannya seketika untuk menelan air liur.

Menurut laporan Dailystar, rakaman siaran itu turut menunjukkan bahagian kanan bibir Trump kelihatan terkulai, selain beliau beberapa kali mengeluarkan bunyi seperti menelan air liur dengan kuat.

Pakar penjagaan geriatrik, Dr Adam James, mendakwa gejala berkenaan mungkin menunjukkan kemerosotan fungsi menelan yang boleh meningkatkan risiko pneumonia aspirasi, iaitu jangkitan paru-paru akibat makanan atau minuman memasuki saluran pernafasan.

Beliau mendakwa keadaan itu boleh membawa maut, khususnya dalam kalangan pesakit demensia frontotemporal.

“Beliau mengeluarkan bunyi seperti menelan air liur dengan kuat kerana mekanisme menelannya semakin merosot. Pneumonia aspirasi merupakan punca utama kematian dalam kalangan pesakit demensia frontotemporal,” katanya.

Dr James turut mendakwa keadaan itu menjejaskan mekanisme menelan Trump sehingga menyebabkan air liur terkumpul secara berlebihan di dalam mulutnya.

“Saya percaya mekanisme menelannya sudah terjejas. Terlalu banyak air liur berada di dalam mulutnya pada setiap masa. Selain itu, saya juga percaya beliau mengalami keadaan yang dikenali sebagai cocaine retainer.

“Beliau mengalami lubang pada lelangit akibat penyalahgunaan bahan perangsang. Ditambah pula dengan prosedur pembinaan semula keseluruhan gigi, tiada satu pun gigi asalnya masih ada dan keadaan itu menyebabkan air liur berlebihan di dalam mulutnya,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu lebih ketara apabila Trump perlu membaca teks di rostrum kerana kedudukan kepala yang menunduk menyukarkannya menelan atau mengawal air liur.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana pneumonia aspirasi merupakan punca utama kematian dalam kalangan pesakit demensia frontotemporal.

“Beliau boleh mengalami aspirasi paru-paru akibat tersedak minuman Fanta, burger Big Mac atau ikan filet pada bila-bila masa.

“Usianya sudah lanjut dan keadaan kesihatannya terlalu lemah untuk melawan jangkitan,” katanya.- AGENSI

 

The post Pakar dakwa Trump alami kesukaran menelan, berisiko mati tersedak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved