
Menurut pakar ekonomi, Sarawak negeri yang berpendapatan tinggi
Pakar Ekonomi Bank Dunia: Sarawak Kini Negeri Berpendapatan Tinggi. Sarawak kini mencapai status pendapatan tinggi berdasarkan tahap pendapatan untuk tahun 2022 sehingga 2023, dengan mempunyai Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita melebihi US$13,205, menerusi klasifikasi negara baru, Bank Dunia.
Menurut ciapan Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi di Twitter berkata, data pendapatan tinggi terkini yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 1 Julai 2023 menunjukkan bahawa Sarawak telah mencapai status negeri pendapatan tinggi.

Terdapat 4 kumpulan pendapatan
Bank Dunia mengklasifikasikan ekonomi dunia kepada empat kumpulan pendapatan, iaitu pendapatan rendah, pendapatan pertengahan rendah, pendapatan pertengahan atas, dan pendapatan tinggi.
Difahamkan, menurut laporan, klasifikasi tersebut dikemaskini setiap tahun pada 1 Julai dan berdasarkan GNI per kapita, dikira dalam USD, tahun sebelumnya iaitu 2021.
Pendapatan terkini:

Klasifikasi pendapatan terkini mempunyai pendapatan rendah di bawah US$1,085, pendapatan pertengahan rendah antara US$1,089 dan US$4,255, pendapatan pertengahan atas antara US$4,256 dan US$13,205, manakala pendapatan tinggi adalah melebihi US$13,205.
Memetik carta yang dikongsi oleh Apurva dalam sebuah satu hantaran itu, Sarawak menyertai kumpulan Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, Labuan dan Kuala Lumpur.
Difahamkan, Malaysia telah berada pada tahap pendapatan pertengahan atas sejak akhir tahun 80-an.
Jadual klasifikasi termasuk negara-negara ahli Bank Dunia, bersama dengan semua ahli ekonomi lain yang mempunyai populasi melebihi 30,000 orang.



