
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Ibu ayah pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak terutamanya dalam isu pemakanan kerana nutrisi yang secukupnya penting buat tumbesaran mereka.
Namun sesetengah budak gemar makan benda yang sama sahaja setiap hari dan hidangan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan.
Ibu ayah mana yang tak risau kalau perkara ini berlaku pada anak mereka. Kadangkala mereka cuma nak makan nasi dengan kicap semata-mata! Mana nak dapat khasiat kan?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Tanda-Tanda Bezakan Bayi Tercekik Atau Alami Refleks Gag. Ibu Bapa Wajib Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: “Memanglah Tengah Hype Tapi..” – Wanita Kesal Ada Ibu Bapa Beri Si Kecil Tiramisu Berkafein
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan
Anak Akan Makan Benda Sama Setiap Hari Ketika Fasa ‘Picky Eater’
Mengulas perkara ini, Pakar Pediatrik Dr Nisa Khalil, memberi jaminan kepada ibu ayah bahawa sikap anak-anak hanya mahu makanan yang sama tidaklah seburuk yang disangka.
“Kalau ini anda, tarik nafas. Anda bukan satu-satunya ibu ayah yang hidangkan nasi dan kicap tiga kali sehari,” katanya.
Menerusi hantaran di Threads, Dr Nisa menjelaskan bahawa ini merupakan situasi biasa ketika anak-anak sedang berada dalam fasa ‘picky eater’.
Katanya sewaktu fasa ini, deria rasa anak-anak masih berkembang dan memakan makanan yang sama adalah perkara normal buat mereka.
Di samping itu, autonomi diri mereka juga semakin meningkat dan selera makan sering berubah-ubah. Jadi biasalah kalau anak mula cakap “No!” dan pilih makanan sendiri.

Ibu Ayah Kena Kenalkan Makanan Baharu Kepada Anak Berkali-Kali
Memetik kajian, Dr Nisa menjelaskan bahawa kanak-kanak memerlukan 10 hingga 15 kali pendedahan sebelum menerima makanan baharu.
Maksudnya, ibu ayah tak boleh putus asa bila nak perkenalkan makanan baharu kepada mereka!
Malah berdasarkan buku Division of Responsibility oleh Ellyn Satter, walaupun ibu ayah menentukan apa, bila dan di mana, tetapi anak-anaklah yang menetapkan apa yang mencukupi buat diri mereka.
Tambah Dr Nisa lagi, carta pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih penting berbanding menu harian. Dalam kata mudah, hidangan nasi kicap setiap hari tidaklah bermaksud mereka mengalami malnutrisi.

Kenal Pasti ‘Red Flag’ Pada Pemakanan Anak
Pun begitu, Dr Nisa berkata ibu ayah perlu risau jika anak menunjukkan ciri-ciri tertentu ketika makan antaranya:
- Menolak semua tekstur makanan sama ada lembut atau rangup.
- Makan kurang daripada 10 makanan dalam jangka masa panjang.
- Kerap tersedak (gag) dan tercekik (choke).
- Pertumbuhan tidak mengikut carta.
Katanya sekiranya perkara ini berlaku, mereka perlu dirujukkan kepada pakar pediatrik dengan segera.
Tips Pupuk Pemakanan Sihat Dalam Kalangan Anak
Dalam masa sama, Dr Nisa turut berkongsi beberapa tips untuk memupuk pemakanan yang sihat dalam kalangan anak-anak.
Sentiasa sediakan satu makanan yang digemari anak di samping satu, dua makanan keluarga. Walaupun anak mempunyai makanan yang ‘selamat’, perkara ini juga dapat mendedahkan mereka dengan makanan baharu.
Ibu ayah juga perlu makan bersama-sama dengan anak dan bukannya secara berasingan. Ini kerana mereka akan meniru apa yang dilihat termasuklah apabila ibu ayah makan sayur-sayuran!
Ketika makan, kurangkan stres pada anak kerana ia dapat mengganggu selera makan mereka. Tetapkan waktu makan maksimum selama 30 minit.
Ibu ayah juga jangan cuba ‘rasuah’ anak-anak! Sebagai contoh meminta mereka menghabiskan sayur-sayuran dan berjanji akan memberi aiskrim sebagai ganjaran.

Mungkin ada yang berniat untuk memberi vitamin atau suplemen kepada anak-anak, namun Dr Nisa mengingatkan bahawa ini bergantung kepada kes dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Selain itu, Dr Nisa juga berkongsi beberapa tips yang menyeronokkan agar anak-anak kurang menjadi picky eater. Antaranya:
- Babitkan dengan pembelian bahan makanan dan memasak agar mereka menjadi lebih tertarik.
- Sediakan dips seperti hummus dan yogurt kerana kanak-kanak suka mencelup makanan mereka.
- Hidang makanan dalam bentuk dan warna yang menceriakan agar dapat memupuk rasa ajaib pada mereka.
“Ibu ayah, sikap memilih ketika makan tidak akan kekal selamanya. Tugas anda adalah menawarkan kepelbagaian, kekal tenang dan percaya pada proses. Tugas anak pula, makan apabila mereka sedia.
“Satu hari nanti, peminat nasi kicap itu mungkin akan mengejutkan anda dengan meminta brokoli lebih,” katanya memetik pengalaman ibu ayah lain.
2-4 Tahun ‘Golden Age’ Untuk Tentukan Anak Tak Terlalu Memilih Makanan
Sebelum ini, kedai bayi dalam talian, BeiBeeBoo HQ, di TikTok menjelaskan bahawa umur antara dua hingga empat tahun merupakan ‘golden age’.
Tempoh waktu ini akan menentukan sama ada kanak-kanak akan menjadi cerewet dalam pemakanan atau gemar mencuba pelbagai makanan.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu ayah untuk elak anak jadi ‘picky eater’:
- Kurangkan pemberian susu formula.
- Kenalkan anak dengan pelbagai makanan.
- Ibu ayah perlu tegas dengan keputusan pemakanan.
- Libatkan anak dengan penyediaan makanan.
- Kurangkan pemberian makanan tinggi diproses.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Latih Anak Untuk Tak Jadi ‘Picky Eater’. Ibu Ayah, Boleh Cuba!
Baca Artikel Berkaitan: Berat Badan Anak Tak Naik-Naik? Ini Tips Berguna Untuk Ibu Ayah Praktik
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan




