Pakar: Trend Ibu Bapa Buat ‘Egg Prank’ Ancam Kesihatan Anak

29 Aug 2023 • 9:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Trend pecah telur di atas kepala budak, tidak baik untuk kesihatan anak

Pakar: Trend Ibu Bapa Buat ‘Egg Prank’, Ancam Kesihatan Anak. Terbaharu, pakar kesihatan mengkritik tindakan ibu bapa yang melakukan cabaran TikTok dengan memecahkan telur mentah di kepala anak mereka yang masih kecil kerana berisiko.

Menurut sumber, kebanyakan video cabaran tersebut menunjukkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil ‘bermain’ dengan telur mentah sebelum memecahkannya di atas kepala kanak-kanak, bukannya terus ke dalam mangkuk atau kuali.

Gambar hiasan. Sumber: hmetro

Beberapa kanak-kanak dilihat menangis atau terkejut dalam video tular itu, malah ada juga yang berani membaling telur kepada ibu bapa mereka.

Tindakan tersebut boleh sebarkan kuman

Dalam pada itu, pakar kesihatan memberi amaran bahawa ‘gurauan’ itu boleh menyebabkan lebam di kepala dan menyebarkan kuman.

image is not available
Sumber: cari

Penasihat Perubatan Kecemasan Paediatrik di Hospital Kanak-Kanak Johns Hopkins, Florida, Dr Meghan Martin menyatakan bahawa cabaran itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kanak-kanak apatah lagi hiburan.

“Kita secara tidak langsung ‘memecahkan’ (kuman) salmonella pada dahi anak,” katanya menerusi laporan.

“Amat susah untuk memastikan kanak-kanak kecil mengambil ubat cecair apabila mereka sakit perut atau keracunan makanan, jadi mereka ini lebih berkemungkinan dimasuk ke hospital untuk cecair IV.

Baca juga artikel yang berkaitan: