Pakat meluat dengar nyanyian Hazwani Helmi

Entertainment
30 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pakat meluat dengar nyanyian Hazwani Helmi

NAMA pelakon juga aktivis kemanusiaan Hazwani Helmi terus meledak, namun kali ini bukan berkaitan isu Palestin, sebaliknya kebolehan menyanyi.

Tular sebuah video memaparkan Hazwani menyampaikan versi sendiri lagu Teh Hijau nyanyian Tulus mengundang reaksi agak pedas daripada netizen.

Ada menyifatkan nyanyiannya kurang sedap didengar, manakala segelintir pengguna pula kurang senang apabila Hazwani sering mengubah lirik lagu popular setiap kali membuat ‘cover’.

“Jangan rosakkan lagu ini. Tak sedap. Kata penyanyi dan penulis lagu, tak ada lagu sendiri ke?

“Sedikit menjengkelkan apabila semua lagu hendak diubah lirik menjadi versi sendiri. Lebih baik buat lagu sendiri,” sindir netizen.

Pedih juga membaca komen sebegitu. Mulut netizen memang kadangkala lebih tajam daripada pisau, tetapi dalam timbunan kecaman itu mungkin terselit sedikit ruang untuk muhasabah.

Kalau seorang dua mengatakan persembahan kurang menjadi, mungkin boleh abaikan.

Namun, jika puluhan orang menyuarakan perkara sama, barangkali ada teknik vokal atau penyampaian perlu diperbaiki. Kritik bukan semestinya musuh, kadangkala boleh menjadi cermin.

Diva harap Hazwani tidak patah semangat dan terus berkarya. Tidak semua orang perlu menyukai suara atau gaya persembahan kita.

Namun, kalau benar mahu serius dalam bidang nyanyian, teruskan belajar, dapatkan bimbingan dan perbaiki kelemahan.

DIVA: Seronok pula layan Cinta Dalam Sekam. Gandingan pelakon pun menjadi!

The post Pakat meluat dengar nyanyian Hazwani Helmi appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved