
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang baharu tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan GRS-Umno Sabah berikutan keputusan kerajaan itu menerima cadangan kerajaan perpaduan oleh Agong yang membantu menamatkan kebuntuan dalam membentuk kerajaan baharu.
“Pakatan telah memberi jaminan bahawa sebarang percubaan untuk menggulingkan (Ketua Menteri Datuk Seri) Hajiji tidak akan dilayan atau disokong oleh mana-mana Adunnya di Sabah,” kata seorang pemimpin tertinggi PH kepada Harian Ekspres.
