“Pakcik baik sangat ke?” – (VIDEO) Netizen Kecam Pakcik Tolak Kanak-Kanak Dalam Masjid Sebab Kacau Khusyuk Solat

22 Jun 2022 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak untuk bermain tidak mengira tempat dan orang dewasa sepatutnya menasihati mereka supaya menjaga tingkah laku.

Namun lain ceritanya dalam perkongsian di Facebook oleh pengguna Shahrul Hisham di mana video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak telah ditolak dengan kuat oleh orang dewasa.

Dikatakan, kanak-kanak tersebut dipercayai telah menganggu khusyuk jemaah ketika sedang solat berjemaah.

Akan tetapi, tindakan yang tidak wajar itu diselar oleh pengguna Facebook berkenaan serta membandingkan sikap lelaki tersebut dengan Nabi Muhammad SAW.

Sehubungkan kejadian itu, rata-rata warganet mengecam sikap lelaki yang bercanggah dengan ajaran agama dan mungkin akan menjadi penyebab ramai kanak-kanak tidak mahu menjejakkan kaki di masjid.

image is not available

image is not available

image is not available 2 hari lalu

Anak Kritikal & Ditidurkan, Ibu Kanak-Kanak 'Termakan' Dadah Rupanya Sedang Derita Kanser Payudara Tahap Lima

View Original Article