Lelaki warga emas, Basri, 70, yang tular di media sosial tahun lalu selepas video pengorbanannya menghantar anak perempuannya ke sekolah dengan basikal yang dimodifikasi, dilaporkan telah meninggal dunia.
Pemergian beliau mengejutkan ramai pihak, terutama netizen yang mengikuti kisah hidupnya yang penuh dengan pengorbanan.
Alhamdulillah Cuaca cantik dari Kinabatangan. Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jem sebab budak baru balik sekolah. Tengah² sangkut jem ternampak sorang pakcik ni kayuh “basikal unik” bawak anak kecik dibelakang. Auto sedih bila tengok pakcik ni & anaknya. Hebatnya kasih sayang seorang Ayah ❤️ semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti . #SemogaDimudahkan #viral
Basri menjadi tumpuan media sosial selepas video yang menunjukkan beliau menghantar anaknya, Putri Sarah, dengan menaiki basikal yang telah diubah suai, dilengkapi dengan bumbung dan tempat duduk untuk memastikan anaknya selesa dan selamat semasa perjalanan ke sekolah.
Sebelum tular, Basri bekerja sebagai penjual aiskrim keliling kampung sejak hampir 11 tahun. Namun, disebabkan masalah kesihatan, beliau terpaksa berhenti. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Basri tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya, termasuk menghantar mereka ke sekolah dengan basikal setiap hari.
Sedih sangat nampak video pakcik Basri naik basikal bersama anaknya Putri Sarah yang tular, syukur kita hadiahkan motosikal baru buat mereka, hadiah daripada rakyat untuk mereka, pakcik Basri dulu kerja jual aiskrim keliling kampung, setiap hari hantar dan ambil anak dari sekolah guna basikal #fyp #adrianedy
Kisah Basri mendapat perhatian pelakon dan aktivis kebajikan, Adrian Edy, memberi hadiah motosikal untuk meringankan beban dan memudahkan urusan Basri dalam kehidupan seharian, termasuk menghantar anaknya ke sekolah dan membeli barangan keperluan.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen mengucapkan takziah dan mendoakan agar segala amal kebaikan beliau diterima dan beliau ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Sumber: Lahad Datu
The post Pakcik Basri yang tular hantar anak dengan basikal modifikasi, meninggal dunia appeared first on The Reporter.




