Pakcik Pemandu E-Hailing Jadi Model, Transformasi Buat Netizen Jatuh Cinta

Entertainment
30 Apr 2024 • 11:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki berusia yang bekerja sebagai pemandu e-hailing menjadi tular di media sosial selepas jadi model baju batik dalam satu penggambaran.

Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, @rayyan.ajm telah memuat naik satu video memaparkan dia menawarkan lelaki yang bernama Pak Romy untuk menjadi model.

@rayyan.ajm

Pak romy tua nya aja begini , gimana muda nya ya #fypシ #batikindonesia

♬ dj ya odna x the drum – Emrgncy

Tanpa berfikiran panjang, Pak Romy menerima tawaran daripada pemuda tersebut walaupun dia kelihatan agak letih berkemungkinan baru lepas bekerja.

Pada awalnya, Pak Romy kelihatan lesu, namun selepas menukar pakaian dan memakai kaca mata hitam, lelaki itu berubah menjadi seorang individu lain dengan penampilan yang segak.

image is not available

Pada ruangan kapsyen, Rayyan menulis walaupun sudah berusia, Pak Romy masih kelihatan segak apatah lagi pada ketika dia masih muda.

“Pak Romy dah tua pun macam ni, apa lagi kalau dia masih muda,” katanya.

Pada perkongsian lain, Pak Romy bertanya sama ada foto hasil daripada dia menjadi model cantik ataupun tidak dan Rayyan menjawab hasil penggambaran pemandu e-hailing itu sangat menarik.

Pakcik pemandu e-hailing jadi model buat orang ramai jatuh cinta

image is not available

“Pak Romy tanya, hasil foto dia bagus atau tak? Bagus sangat pak, semakin tua semakin jadi bapa.

“Pak Romy terlalu menyala,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak kira dari Indonesia dan Malaysia termasuklah selebriti Baby Shima, memuji hasil daripada foto model Pak Romy.

‘H B D A’

image is not available

Yang muda kalah dengan pak Romy

image is not available

Macam ketua mafia

image is not available

Berusia pun hensem

image is not available

Kalau pegang tongkat, lagi smart

image is not available

Pak Romy boleh join Elrah tahun depan

image is not available

Pak Romy, pemandu e-hailing jadi model lahir terlalu awal

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang berkata transformasi Pak Romy itu juga membuatkan dia kelihatan seperti selebriti luar negara.

Macam muka penyanyi Bunkface

image is not available

Macam Desmond Harrington dengan Thomas Shelby

image is not available

Sebenarnya hasil foto tu bukan sebab pakcik Romy ni hensem, tapi dia photogenik juga……

Sumber: TikTok @rayyan.ajm