Pakej telekomunikasi khas, P-Hailing RAHMAH untuk semua pekerja e-hailing dan p-hailing diumumkan secara rasmi pada hari ini seperti yang dijanjikan. Pengenalan itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan kesalinghubungan digital yang berkualiti bagi pemandu dan penunggang e-hailing, seterusnya bantu meringankan beban khususnya berkaitan kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Pakej ini boleh didapati bermula hari ini sehingga 23 April akan datang dengan harga langganan serendah RM33 berserta pelan data minimum 40GB. Turut dimaklumkan bahawa pengenalan juga melibatkan kerjasama lima penyedia utama iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes). Dalam masa sama turut disokong lebih 10 penyedia platform p-hailing di Malaysia yang termasuk FoodPanda, Grab dan Lalamove.
- Info
- Sumber – BERNAMA




