Pakej Perpaduan RM30 untuk 30GB mula ditawar, ini semua yang perlu anda tahu

28 Feb 2023 • 4:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telco-telco utama nasional telahpun mula menawarkan Pakej Perpaduan seperti diuar-uarkan oleh Kementerian Komunikasi & Digital (KDD) tahun sudah. Sewaktu majlis pelancaran, terdapat beberapa telco yang mengumumkan menyertai inisiatif kerajaan dan sudahpun berkongsikan info lanjut di laman web masing-masing:

image is not available

Terma & Syarat untuk Pakej Perpaduan sama saja merentasi telco. Berikut adalah T&S yang perlu anda tahu. Golongan yang layak untuk melanggan Pakej Perpaduan ialah:

  1. Belia berumur bawah 30 tahun
  2. Warga emas 60 tahun dan ke atas
  3. Pesara Polis dan Tentera
  4. Orang Kelainan Upaya (OKU)
  5. Warga B40

image is not available

Pakej Perpaduan boleh dilanggan sehingga 31 Disember 2023 ini. Setiap pas berharga RM30 dan ia memiliki tempoh sah 180 hari (6 bulan). Kuota yang disediakan adalah sebanyak 30GB tapi kelajuan dihadkan pada 3Mbps.

Sekiranya kuota 30GB habis sebelum tempoh sah tamat, golongan yang layak boleh dapatkan semula pas baharu sementara penawaran masih ada.

Buat golongan belia, pas Pakej Perpaduan boleh dilanggan terus melalui aplikasi telefon pintar kerana kelayakan boleh disahkan menggunakan kad pengenalan yang diaftarkan.

Namun begitu, selain daripada belia, pemohon perlu pergi sendiri ke pusat khidmat pelanggan telco masing-masing untuk tujuan pengesahan sebelum dibenarkan untuk melanggan Pakej Perpaduan.