Pakistan, Malaysia setuju teruskan usaha keamanan di Asia Barat

20 Mar 2026 • 9:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shehbaz Sharif (gambar kiri) dan Anwar pada Jumaat bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.

NEW DELHI - Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.

Kedua-dua pemimpin itu berbual pada sebelah petang dan saling bertukar ucapan Aidilfitri sambil menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Pakistan.

"Kami membincangkan situasi yang sedang berkembang di Iran dan rantau Teluk, serta bersetuju mengenai keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan dan meneruskan usaha bersama bagi mempromosikan keamanan melalui dialog dan diplomasi,” kata Shehbaz dalam satu hantaran di X.

"Kami turut menyatakan kepuasan terhadap momentum positif dalam hubungan Pakistan-Malaysia serta menegaskan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan persaudaraan,” katanya. - Bernama