Pakistan Mempunyai Kualiti Udara Terburuk Tahun 2025

WorldEnvironment
24 Mar 2026 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pencemaran udara menyebabkan masalah kesihatan dan membebankan sistem perubatan sesebuah negara. Laporan tahunan ke-8 IQAir menganalisis data PM2.5 dari 9,446 bandar di 143 negara dan mendapati Pakistan ialah negara dengan kualiti udara terburuk sepanjang 2025.

Pakistan di tangga teratas dengan pencemaran 67.3 µg/m³ diikuti oleh Bangladesh (66.1 µg/m³), Tajikistan (57.3 µg/m³), Chad (53.6 µg/m³) dan Republik Demokratik Kongo (50.2 µg/m³). Statistik yang merisaukan ialah 130 daripada 143 negara (91%) melebihi garis panduan WHO.

image is not available

Di rantau Asia Tenggara pula, negara dengan pencemaran udara terburuk ialah Indonesia (30 µg/m³), Vitenam (29.7 µg/m³), Laos (22.6 µg/m³), Filipina (19 µg/m³), Kemboja (18.1 µg/m³), Thailand (17.8 µg/m³), Malaysia (16 µg/m³), dan Singapura (11.9 µg/m³).

Walaupun Pakistan ialah negara dengan kualiti udara terburuk, bandar dengan pencemaran udara terburuk ialah Loni, India dengan 112.5 µg/m³ sementara bandar dengan kualiti udara terbaik pula ialah Nieuwoudtville, Afrika Selatan 1.0 µg/m³. Sebanyak 25 bandar paling tercemar dunia semuanya terletak di India, Pakistan dan China.

Secara keseluruhan Malaysia di tangga ke-60 dengan Kuala Lumpur pula di tangga ke-55 dalam senarai kualiti udara terburuk di dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved