Pakistan Menjadi Negara Terbaru Berjaya Menghantar Angkasawan Ke Angkasa Lepas

WorldSpace
25 Nov 2026 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pakistan Menjadi Negara Terbaru Berjaya Menghantar Angkasawan Ke Angkasa Lepas

Pakistan menjadi negara ke 53 berjaya menghantar angkasawan mereka ke angkasa lepas lepas pagi tadi. Angkasawan Muhammad Zeeshan Ali (40) ialah angkasawan pertama Pakistan menerusi misi Shenzhou-24 yang dilancarkan menggunakan roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China pada jam 8.21 pagi tadi.

Image from: Pakistan Menjadi Negara Terbaru Berjaya Menghantar Angkasawan Ke Angkasa Lepas
Muhammad Zeeshan Ali – Xinhua

Beliau adalah salah seorang daripada tiga krew Shenzhou-24 yang kemudiannya akan berlabuh dengan stesen angkasa lepas Tiangong milik China. Selain menjadi angkasawan pertama Pakistan, Muhammad Zeeshan Ali juga menjadi angkasawan bukan warga China pertama melawat Tiangong sejak ia siap dibina empat tahun lalu.

Ali akan berada di stesen angkasa Tiangong selama seminggu untuk menjalankan eksperimen saintifik sebelum kembali semula ke bumi. Sepanjang misi Shenzhou-24, lebih 90 eksperimen sains akan dilakukan.

Sumber – Xinhua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved