Paksa Kereta Berhenti Di Jalan Raya, Lelaki Meragut Beg Tangan Wanita Ini Kini Dijejaki Polis

24 Aug 2022 • 4:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek dilihat meragut beg tangan mangsa selepas memaksa mangsa memberhentikan kereta di jalan raya

Paksa Kereta Berhenti Di Jalan Raya, Lelaki Meragut Beg Tangan Wanita Ini Kini Dijejaki Polis. Dilaporkan seorang lelaki kini sedang dijejaki polis selepas mencuri beg tangan seorang wanita,

Perbuatan tersebut dirakam oleh dash-cam kenderaan mangsa, menunjukkan suspek meragut beg tangan mangsa selepas memaksanya berhenti di jalan raya dengan memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta mangsa.

image is not available
Paksa Kereta Berhenti Di Jalan Raya, Lelaki Meragut Beg Tangan Wanita Ini Kini Dijejaki Polis

Suspek memakai topi keledar kuning dan kemeja-T lengan panjang berwarna kelabu dan putih

Dalam klip video berdurasi 27 saat itu, suspek dilihat berlari ke arah motosikalnya selepas berjaya meragut beg tangan mangsa.

Mangsa kemudian cuba mengejar suspek sehingga ke simpang-T tetapi suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian, yang dipercayai kawasan perumahan di Stampin.

image is not available
Kredit foto: FB Kuching Viral

Kini sedang dicari polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun tanpa senjata.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda atau dirotan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta untuk ke balai polis berhampiran bagi membantu kes ini.

image is not available
Nombor plat motosikal tersebut. Kredit foto: FB Kuching Viral

Lagi di sini: