“Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP

LocalPersonal Finance
16 Jan 2026 • 9:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP

Sistem pencen memainkan peranan penting bagi memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin.

Sudah sekian lama, rakyat membina benteng kewangan menerusi sistem pencen bagi menampung keperluan selepas tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Berikutan itu, ramai yang memilih untuk menjadi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk yang bekerja sendiri.

Dalam kesibukan kita mengira dividen tahunan simpanan KWSP, rupa-rupanya ada mata yang memerhati.

image is not available
Kredit: Bernama

Memuji sistem yang diguna pakai KWSP, seorang warga Filipina, Marvin Germo, menyifatkan sistem berkenaan sebagai satu sistem yang paling berkesan dalam rantau ini.

“KWSP umpama Australian Super dan CPF Singapura versi Malaysia,” ujar lelaki berkenaan memulakan perkongsian di laman Facebook miliknya.

Membedah sistem KWSP, lelaki berkenaan membuat pengiraan ringkas bagi mendapatkan jumlah peratus simpanan pendapatan.

Berdasarkan pengiraan tersebut, dia mendapati kira-kira 24 peratus daripada pendapatan disimpan untuk persaraan.

“Jumlah yang besar. Tak banyak negara yang mewajibkan tahap disiplin sebegini,” katanya, kagum.

image is not available
Kredit: Gambar AI via ImageFX

KWSP raih kepercayaan rakyat

Selain itu, lelaki tersebut turut mengutarakan beberapa sebab yang didakwa menjadi tunjang utama kepercayaan warga Malaysia terhadap KWSP.

Antara yang disenaraikan termasuk pulangan yang stabil, pengurusan dana secara profesional dan pilihan untuk menambah caruman secara sukarela.

Lelaki berkenaan juga berpendapat bahawa KWSP telah menyediakan laluan berstruktur kepada setiap pekerja supaya mereka mampu untuk menyara hidup selepas bersara.

“Seseorang yang ada pendapatan purata, menyimpan secara konsisten selama 30 hingga 40 tahun mampu bersara secara realistik dengan jumlah RM500 ribu hingga RM1 juta, tanpa memerlukan kemahiran khusus, pengetahuan melabur dan tanpa risiko yang tinggi.

“Hanya perlu disiplin, ditambah faedah berganda,” ujarnya lagi.

Lelaki berkenaan turut menyifatkan sistem KWSP sebagai ‘pemenang senyap di Asia’ apabila kesemua perkara ini disusuli dengan penjagaan kesihatan yang mampu milik di Malaysia.

“Tidak gah, tak banyak bunyi, hanya sistem kewangan yang berfungsi,” puji lelaki tersebut.

BACA: MBJB Bakal Perkenal Perkhidmatan Bas Autonomi Tanpa Pemandu Untuk Pelancong

BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia

Sumber: Facebook Marvin Germo

The post “Paling Berkesan,” Lelaki Filipina Puji Sistem Pencen KWSP appeared first on Siakap Keli.