Paling cepat beri bantuan banjir, Khairul Aming dapat 100 juta ‘likes’ ketika live di TikTok

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 10:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh tersohor, Khairul Aming dapat 100 juta likes ketika sedang membuat siaran langsung di TikTok apabila keprihatinannya terhadap mangsa-mangsa banjir menjadi perhatian ramai.

Menerusi siaran langsung yang dibuat Khairul Aming, dia dan para sukarelawan dilihat meraikan detik-detik menerima 100 juta likes di TikTok sebelum masing-masing bersorak dan mengucapkan terima kasih.

Khairul Aming dapat 100 juta ‘likes’ ditonton 49 ribu viewers di TikTok

Siaran langsung itu juga ditonton lebih daripada 49 ribu viewers dan pastinya masing-masing menekan tanda suka bagi meningkatkan lagi jumlah likes untuk live terakhir Khairul Aming di tempat pengurusan bantuan banjir yang dikelola olehnya di Kelantan.

image is not available

Khairul Aming dapat 100 juta ‘likes’, sebak beri ucapan

Dia yang membuat ucapan penutup sebelum menamatkan siaran langsung serta misi bantuan banjir tersebut dilihat sebak sewaktu memberitahu yang barang-barang yang disumbangkan orang ramai telah memberi manfaat buat semua mangsa-mangsa banjir.

Ramai berhadap Allah S.W.T balas kebaikannya

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meninggalkan maklum balas dengan mengucapkan tahniah kepada usahawan itu kerana menjadikan pengaruhnya sebagai platform untuk membantu orang ramai.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir yang sememangnya berada dalam keadaan sukar ketika ini.

image is not available

Usaha team juga sangat dihargai

image is not available

Terima kasih KA dan team kerana lakukan yang terbaik

image is not available

Sekadar info, Khairul Aming telah menamatkan misi bantuan banjir pada 4 Disember 2024 di Pantai Timur selepas beberapa hari bertungkus lumus memastikan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Sumber: TikTok mr.walla, butterrrrflys