“Paling menyakitkan apabila perceraian satu-satunya pilihan..” – Azrinaz Mazhar

20 Jun 2024 • 5:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar menitipkan kata-kata semangat buat pasangan selebriti, Nora Danish dan Nedim Nazri yang disahkan bercerai, semalam.

Menurut Azrinaz, perpisahan adalah perkara yang menyakitkan namun, percaya bahawa Nora dan Nedim dapat mengharungi dugaan kehidupan dengan baik.

Azrinaz Mazhar

image is not available

“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan.

“Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video (temu bual dengan media),” ujarnya dalam sebuah hantaran di Instagram Nedim.

Dalam pada itu, bekas isteri ketiga Sultan Brunei itu mendoakan urusan Nora dan Nedim dipermudahkan dan mendapat kekuatan dalam menjalani ujian.

Azrinaz Mazhar

image is not available

“Saya mendoakan perkara baik-baik dan kekuatan buat anda (Nedim) dan Nora,” katanya lagi.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila aktres Nora Danish dan Nedim disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Sekadar info, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Brunei dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Bagaimanapun, mahligai tersebut hanya bertahan selama lima tahun.

image is not available

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah, 16.

Azrinaz kemudian bernikah dengan Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan dua zuriat iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.

image is not available

Sumber: Instagram @Boss_Ned