Paling Ramai Penonton, Konsert Coldplay di Kuala Lumpur Jana Kutipan Tiket Hampir RM52 juta

Music
8 Feb 2024 • 11:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
coldplay kuala lumpur

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 22 November lalu mencatatkan kehadiran penonton paling tinggi sepanjang karier mereka.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi platform X Coldplay Charts dengan menyatakan tiket konsert tersebut juga berjaya sebanyak 81,812 selain menjana kutipan AS$10,904,369 atau RM51,953,866.

Untuk rekod, pada Januari lalu, peminat Coldplay di Malaysia berada di tangga ketiga dalam senarai negara yang memulangkan kembali gelang tangan selepas konsert.

Sementara itu, mereka turut berkongsi pencapaian konsert tersebut di lokasi lain seperti di Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia sebagai kutipan tertinggi berjumlah lebih RM66 juta dengan jualan tiket sebanyak 78,541 unit.

Difahamkan, Coldplay dianggotai Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM616 juta dan nilai itu adalah yang tertinggi berbanding mana-mana penyanyi Barat lain.

Secara keseluruhan, konsert Coldplay yang kini masih berlangsung di beberapa lokasi sudah mencatat kutipan sebanyak RM3.8 bilion dengan jualan sebanyak 7,660,000 tiket.

Selain Konsert Coldplay di Kuala Lumpur dan Jakarta, kumpulan itu turut mengadakan persembahan selama enam hari di Singapura, Manila, Filipina (dua hari), Bangkok, Thailand (dua hari) serta beberapa lokasi lain.

image is not available