“Paling Salah Dekat Sini Family Dia” – Lelaki Dakwa Pak Cik OKU Selalu Buat Provokasi, Bahayakan Orang Ramai?

LocalOpinion
19 Jan 2025 • 12:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pak cik

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki OKU dipukul orang ramai tanpa belas kasihan di pasar tani.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat itu berpunca daripada mangsa yang melanggar sebuah gerai jualan di situ.

Rata-rata daripada orang ramai meluahkan rasa simpati dan mengutuk perbuatan suspek memukul mangsa sedemikian rupa.

Individu dakwa pak cik OKU membahayakan orang lain?

Namun, di Facebook seorang individu tampil mendakwa pak cik berkenaan sering melakukan provokasi dan menunggang motosikal secara bahaya.

image is not available

Dakwanya orang Kemaman baik-baik belaka dan sebelum ini tiada kejadian pukul seperti mana tular walaupun pak cik berkenaan sering membahayakan orang lain.

“Masing-masing tak dapat kawal emosi”

image is not available
Tonton video di Facebook Iqbal Kaizen

Menurut Iqbal Kaizen, tindakan membelasah lelaki itu adalah tidak wajar. Tetapi keluarga lelaki tersebut turut bertanggungjawab kerana membiarkan menunggang motosikal walaupun keadaannya tidak sesuai.

Perkongsian Iqbal bagaimanapun mendapat tentangan daripada netizen. Menurut netizen, suspek seharusnya menghubungi pihak berkuasa bukannya mengambil tindakan sendiri dengan memukulnya.

image is not available

#OhmediaNasihat

Setuju dengan pandangan netizen dalam hal ini. Walau apa pun alasan, seseorang tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri. Jangan terlalu mengikut emosi marah yang akan merugikan diri sendiri kelak. Apa pendapat korang pula?

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Iqbal Kaizen


The post

appeared first on

.