Paling senang buang hanyir & muak, ini tip siang, goreng ikan keli rangup lagi sedap

Food
29 May 2023 • 4:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Paling senang buang hanyir & muak, ini tip siang, goreng ikan keli rangup lagi sedap

IKAN keli memang cukup digemari ramai. Lagilah digoreng garing-garing memang sangat menyelerakan.

Pelbagai jenis ikan air tawar itu ada di Malaysia seperti keli liar, ikan keli kayu dan ikan keli sangkar.

Banyak kedai yang menyediakan pelbagai hidangan ikan ini dan rasanya lebih sedap apabila digoreng garing.

Memandangkan ikan ini ikan air tawar jadi rasanya hanyirnya juga sangat kuat. Oleh sebab itu, ramai kalangan kita yang lebih memilih untuk makan di luar sahaja.

Namun harganya pun lebih kurang lumayan. Jadi apa kata anda beli ikan ini dan goreng sendiri sahaja di rumah. Lebih sedap dan puas.

Tak tahu cara menyiang dan masak yang betul? Tak mengapa, anda boleh rujuk perkongsian dari Cikgu Afy AL Habibi ini.

Perkongsian wanita itu lebih kepada tip untuk menyiang ikan keli dan cara goreng yang rangup.

Ada juga ditunjuki cara bersihkan bahagian tertentu ikan itu untuk hilangkan bau hanyir yang kuat.

Teknik siang dan goreng ikan keli yang betul supaya tak hanyir dan berbau;

1. Selepas bersihkan lemak dan darah beku ditengahnya, masih ada lagi bahagian yang menyembunyikan darah beku. Gunting sedikit pada bahagian tersebut (dalam gambar).

image is not available

Buat kiri dan kanan bahagian ikan. Darah inilah punca sebenarnya ikan keli berbau kuat walaupun selepas dibersihkan. Tak ramai sebenarnya yang buat kalau kita makan kat luar, bahagian tersebut akan dibuang.

image is not available

2. Langkah seterusnya basuh ikan keli tadi dua hingga tiga kali bagi menghilangkan darah sebersihnya.

3. Kemudian tip untuk menghilangkan bau hanyir ikan keli secara keseluruhannya ialah masukkan dua sudu besar tepung gandum. Gaul rata dan biarkan seketika.

4. Barulah dicuci bersih sekali lagi. Inilah rupa ikan keli yang telah siap dibasuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Rahsia ikan keli digoreng rangup;

1. Untuk rahsia isi ikan keli menjadi rangup, kelar ikan keli rapat-rapat.

2. Kemudian, lumur ikan keli dengan bahan tumbuk dibawah;

image is not available

Kurangkan ikan keli meletup ketika digoreng;

1. Untuk mengurangkan ikan keli meletup-letup semasa menggoreng, lumur nipis dengan sedikit tepung gandum [Beli di sini].

2. Gorenglah ikan keli dalam minyak yang banyak dan panas.

3. Sebelum digoreng masukkan dua keping asam. Kemudian masukkan ikan. Tutup dengan tudung periuk.( Selain untuk cover minyak terpercik, ia lagi cepat masak. Isi ikan lebih juicy kat dalam).

4. Selepas sebelah ikan garing elok, terbalikkan arah tersebut. Kemudian tos dan bolehlah diangkat.

Siap ikan keli goreng garing tanpa bau hanyir dan rangup sedap!

image is not available

Resipi ikan keli masak berlada hijau

Selalu ikan keli masak berlada merah, kali ini jom kita buat masak berlada hijau pula. Sangat enak dan sedap tau!

Bahan kisar;

A

  • 3 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ekor ikan bilis
  • Secubit belacan

B

  • 5 tangkai cili hijau
  • Segenggam cili padi hijau (untuk sambal rasa lebih kick)

Cara membuatnya;

1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi (minyak sekali guna).Tumis bahan kisar A sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan pula bahan kisar B. Biarkan cili masak sempurna. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula Melaka.

image is not available

3. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula mengikut cita rasa sendiri. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.

4. Tuangkan sambal atas badan ikan keli yang sudah digoreng tadi. Sedia untuk dinikmati.

Mudah sahaja kan cara siang dan goreng ikan keli ini? Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!