
Paling Win, Rumah Terbuka Ini Hidang Ayam KFC Untuk Tetamu, Bikin Semua Teruja
Bila sebut tentang rumah terbuka, antara menu yang selalu bermain di minda kita tentunya lemang, ketupat, rendang dan pelbagai juadah tradisional yang lain, kan?
Namun siapa sangka, di tahun 2025 ini ada pihak yang tampil membawa kelainan dengan menganjurkan rumah terbuka berbeza daripada biasa untuk dikongsikan bersama dengan orang ramai.
Bayangkan, korang hadir sebagai tetamu dan dihidangkan dengan ayam goreng crispy yang panas-panas dan juicy. Confirm tersandar dekat kerusi, kekenyangan.
Nak lagi gempak, dah dapat makan sedap-sedap, penganjur baik hati bila beri pula baucar tunai yang lumayan untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.
Korang mesti tertanya-tanya, rumah terbuka yang mana dan siapa penganjurnya?
Rumah terbuka paling best untuk Syawal 2025 ini tak lain tak bukan jatuh kepada rangkaian restoran nombor 1 negara, KFC Malaysia, yang berlangsung pada 12 April lalu di KFC DT Extreme Park, Shah Alam.

Sampai je ke lokasi Rumah Terbuka KFC ini, aroma ayam goreng yang panas-panas dan crispy terus menusuk ke hidung menyambut tetamu yang datang dari jauh.
Fuhhhh, meleleh air liur dibuatnya.
Yang menariknya, Rumah Terbuka KFC ini bukan tentang ayam goreng semata-mata tau.
Sebenarnya, acara ini turut dianjurkan untuk meraikan komuniti setempat melalui penglibatan kumpulan busker tempatan, The Vindorado’s untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Selain itu, Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) turut dijemput sebagai tetamu utama untuk berkongsi rezeki kali ini.

Manakala tetamu yang hadir pula disambut dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang sesuai untuk dimainkan bersama seisi keluarga baik untuk anak-anak yang masih kecil atau pun untuk korang yang sudah dewasa.
Antara aktiviti yang disediakan termasuklah Spice of Surprise, Sand Art Station dan Mosaic Coaster Station. Yang pasti, semua aktiviti yang KFC bawakan sangat menarik dan seronok dilakukan bersama rakan atau keluarga masing-masing.

Dah sertai aktiviti-aktiviti ini, tentu ada kejutan yang menanti daripada KFC!
Dalam setiap aktiviti ini, KFC sebenarnya telah menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk baucar lumayan yang boleh dibawa pulang sebagai buah tangan.

Di rumah terbuka ini juga, KFC turut melancarkan koleksi KFC Meowriah edisi baharu terdiri daripada baju raya khas untuk si bulus korang.


Tetamu yang hadir cukup bertuah kerana berpeluang untuk mendapat koleksi ini dalam tawaran terhad di rumah terbuka tersebut.
Bila pakaikan dekat si bulus masing-masing nanti, confirm gempak habis. Yelah, kucing comel korang pun nak bergaya macam tuannya juga di musim perayaan ini.


Paling penting untuk korang kena tahu, KFC juga support local kerana kerana semua koleksi ini dijahit dan dihasilkan oleh penjual tempatan.
Yang pasti, semua yang hadir memang puas hati sangat-sangat dan pulang dengan senyuman lebar terukir di wajah masing-masing.
Di sini boleh disimpulkan bahawa Rumah Terbuka KFC ini merupakan acara yang cukup bermakna kerana meraikan mereka yang tidak berkemampuan serta petugas-petugas barisan hadapan dalam satu majlis yang cukup meriah.

Usaha KFC berkongsi rezeki dengan komuniti seperti kumpulan busker yang dijemput untuk memeriahkan majlis serta koleksi KFC Meowriah yang diperoleh daripada pembekal tempatan wajar diberi pujian.

Apa pun, usah risau dan tak perlu rasa down dulu kalau terlepas Rumah Terbuka KFC di Shah Alam pada 12 April yang lalu.
Sebabnya, ada empat lagi lokasi Rumah Terbuka KFC yang boleh korang kunjungi sepanjang bulan Syawal ini iaitu di:
- KFC Indera Mahkota, Pahang – 18 Apr, 3 – 6pm
- KFC Stulang Laut, Johor – 20 Apr, 3 – 6pm
- KFC Jalan Stadium, Kedah – 24 Apr, 3 – 6pm
- KFC Bandaran KK Utara DT – 27 Apr, 3 – 6pm
Set siap-siap tarikh yang korang free untuk hadir ke Rumah Terbuka KFC yang mana, okay.
Tapi korang kena cepat, sebab set makanan yang disediakan terhad untuk 1,000 orang tetamu terawal je tau.

Sebelum tu, korang kena muat turun aplikasi KFC terlebih dahulu sebabnya pas eksklusif untuk hadir ke Rumah Terbuka KFC ini ada di dalam aplikasi tersebut.
Sama seperti Rumah Terbuka KFC di DT Extreme Park, Shah Alam, tetamu yang hadir juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik atau baucar melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Koleksi KFC Raya Meowriah Edisi Terhad pun ada ditawarkan di lokasi-lokasi rumah terbuka yang lain. Jangan lupa dapatkan untuk si bulus comel korang, okay.
Jadi, jangan sampai terlepas tarikh-tarikh penting yang kami kongsikan di atas. Jumpa nanti di Rumah Terbuka KFC, okay.
The post Paling Win, Rumah Terbuka Ini Hidang Ayam KFC Untuk Tetamu, Bikin Semua Teruja appeared first on Siakap Keli.

