PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah menerima aduan berhubung iklan palsu lesen memandu tanpa latihan dan ujian atau digelar Lesen Kopi-O , di media sosial. JPJ berkata, iklan atas nama akaun Sekolah Memandu Jaya bertindak mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar Yang Berhormat Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai."JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun tersebut adalah palsu."Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah seperti ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian," katanya.

image is not available

Sehubungan itu, orang ramai menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ di

.