PAMB dan UTAR memeterai MoU untuk memberi pelajar permulaan dalam perjalanan kerjaya mereka

4 Jul 2024 • 4:58 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: PAMB dan UTAR memeterai MoU untuk memberi pelajar permulaan dalam perjalanan kerjaya mereka
(Dari Kiri) Yong Lai Yin, Ketua Pegawai Agensi, PAMB; Lim Eng Seong, Ketua Pegawai Eksekutif, PAMB; Ir. Prof. Dato’ Dr. Ewe Hong Tat, Presiden, UTAR, dan Ir. Prof. Dr. Goi Bok Min, UTAR Naib President Pengantarabangsaan dan Pembangunan Akademik di majlis menandatangi MoU PAMB dan UTAR.

Perkongsian pertama yang bersejarah antara syarikat insurans dengan universiti tempatan akan menyaksikan peluang latihan industri dan program latihan untuk pelajar UTAR bagi menyokong kemasukan mereka dalam tenaga kerja.

Kuala Lumpur, 4 Julai 2024 – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). MoU ini bertujuan untuk membantu bakal graduan dalam pengajian perniagaan dan kewangan memulakan perjalanan kerjaya mereka.

MoU ini, yang pertama bagi PAMB dan universiti tempatan, akan memperkenalkan program latihan yang disesuaikan yang disediakan oleh PAMB untuk pelajar UTAR. Program ini termasuk panduan temu duga, penyediaan CV dan kemahiran pembentangan, memberikan kelebihan berdaya saing kepada pelajar dalam pasaran kerja. Selain itu, perkongsian ini juga akan memberi peluang latihan industri kepada pelajar di pejabat korporat PAMB dan agensi insurannya di seluruh negara.

Image from: PAMB dan UTAR memeterai MoU untuk memberi pelajar permulaan dalam perjalanan kerjaya mereka
Wakil daripada Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan pelajar pada majlis MoU antara PAMB dan UTAR.

MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Lim Eng Seong, dan Presiden UTAR, Ir. Prof. Dato’ Dr. Ewe Hong Tat. Kira-kira 40 pelajar dari Kampus UTAR Kampar hadir untuk menyaksikan acara itu. Mereka juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam program Pendidikan Kewangan Belia PAMB yang menggalakkan celik kewangan dalam kalangan belia.

Lim Eng Seong berkata, “Tahun ini kami meraikan ulang tahun ke-100 di Malaysia, maka sewajarnyalah kami memandang ke masa hadapan bagi memberi inspirasi kepada generasi akan datang apabila mereka memasuki tenaga kerja. MoU dengan UTAR ini menandakan komitmen bersama kami untuk memperkasakan pelajar dengan alat yang mereka perlukan untuk melangkah ke dunia di luar sana dengan yakin dan mula membina kerjaya mereka.”

Ir Prof Dato’ Dr Ewe Hong Tat berkata, “Kepentingan kerjasama industri-akademik tidak boleh dipertikaikan. Ia adalah hubungan simbiotik di mana ahli akademik menyediakan kepakaran, keupayaan penyelidikan dan kumpulan bakat, manakala industri menawarkan pandangan praktikal, cabaran dan peluang untuk penerapan. Bersama-sama, kita membentuk ekosistem teguh yang memupuk inovasi, menangani keperluan masyarakat dan memacu kemajuan ekonomi.”

Perkongsian ini diterajui oleh Agensi Pengedaran PAMB yang menguruskan pengambilan dan pembangunan perancang kewangan Prudential dan Fakulti Perniagaan dan Kewangan UTAR. Pelajar akan diberi peluang untuk merasai pengalaman kerja industri di agensi insurans Prudential dan mempelajari selok-belok pekerjaan daripada perancang kewangan atau menerapkan pembelajaran mereka di pejabat korporat. Pendedahan kepada gaya kerja yang berbeza ini akan membantu pelajar menemui laluan kerjaya yang lebih sejajar dengan personaliti dan tujuan mereka.