Pamer cukai jalan palsu, lelaki didenda RM7,000

27 Jun 2023 • 3:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 33 tahun didenda RM7,000 atau penjara 48 bulan oleh Mahkamah Trafik di sini kerana mempamerkan cukai jalan palsu pada cermin depan vannya, tiga tahun lalu.

Md Nazrie Mohd Noor mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun pada Isnin atas tuduhan melakukan kesalahan itu dengan niat memperdaya pihak berkuasa, pada 11 pagi 13 Nov 2020 di Jalan Pintas Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 108(3)e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa memaklumkan mahkamah bahawa Nazrie, yang membeli van itu daripada rakannya melalui cara sambung bayar pinjaman pada 2017, tidak dapat membaharui cukai jalan itu apabila tamat tempoh pada Disember 2019, dan telah menggunakan perkhidmatan runner dengan membayar RM500 untuk dapatkan cukai jalan palsu dan menampal cukai itu pada cermin depan kereta.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Pada September 2020 Nazrie menjual van itu kepada rakannya dengan cara sewa beli tetapi tiada surat perjanjian dibuat.

Rakan Nazrie kemudiannya ditahan polis di Jalan Pintas Penampang pada 13 Nov 2020 kerana disyaki menggunakan cukai jalan palsu dan apabila dirujuk kepada Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, cukai jalan itu didapati palsu.

Mahkamah mendengar bahawa siasatan mendapati Nazrie telah menampal cukai jalan palsu pada van itu, dan rakannya, yang telah membeli kenderaan itu masih menggunakan cukai jalan yang sama.

Nazrie, yang tidak diwakili peguam, memohon denda ringan manakala pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Dalam kes lain, seorang penganggur didakwa secara tentatif dengan tuduhan mengedar 50.80 gram syabu.

Azman Idzham Yamin, 24, seorang individu tanpa dokumen, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang 16 Jun tahun ini di Kg Tebobon, Manggatal.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Azman, yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan membantah jaminan untuk Ahmad kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan untuk diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk sebutan dan memerintahkan Ahmad ditahan reman lanjut.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Navind Kumar Vijayan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article