Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini

LocalCars
26 May 2025 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas 10 tahun, BMW Group Malaysia menganjurkan semula pameran My BMW World 2025, bermula 13 hingga 15 Jun ini di The Yard, Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Kali terakhir acara ini diadakan pada tahun 2015. Seperti mana acara terdahulu, pameran ini akan membabitkan ketiga-tiga jenama utama kumpulan ini iaitu BMW, BMW Motorrad dan MINI.

Pameran ni akan menampilkan barisan kenderaan terkini daripada BMW Group Malaysia termasuk model elektrik, plug-in hybrid, dan enjin pembakaran dalaman.

image is not availableimage is not available

Selain berpeluang meneroka model-model terbaharu, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan melalui sesi pandu uji eksklusif, Cabaran BMW X, BMW Kafe serta barangan My BMW World edisi terhad.

Malah, My BMW World turut mempersembahkan pameran menyeluruh mengenai perjalanan sejarah BMW Group Malaysia dengan menelusuri detik-detik penting dalam bidang inovasi, pengalaman pelanggan, kemampanan, sukan permotoran dan penglibatan tempatan.'

Untuk maklumat lanjut mengenai My BMW World, KLIK.