Pameran Terbuka Galeri Shah Alam satukan bakat seni, pupuk kefahaman masyarakat (FOTO ESEI)

10 Mar 2025 • 11:34 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024 (PTGSA 24) bermula 14 Januari sehingga 14 Mac ini. Ia merupakan satu daripada 10 pameran seni bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025)

PTGSA24 dijadikan sebagai medan penyatuan bakat seni dari pelbagai latar belakang, kreativiti dan memupuk kefahaman seni dalam kalangan masyarakat.

Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan kemasukan adalah percuma.

Jurufoto NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan NUR FATIHAH HAMIZI mengikuti pelancaran PTGSA 24 di Galeri Shah Alam pada 27 Februari 2025.

image is not available
Ketua Balai Seni Negara Ameruddin Ahmad (tengah) diiringi Pengarah Yayasan Seni Selangor Kahar Mohd Yusof (kanan) menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024 di Seksyen 14, Shah Alam

 

image is not available
Karya Nur Batrisya Dania Mohd Airul Nizam bertajuk pakaian Barongan dipamerkan di Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024

 

image is not available
Karya Muhammad Faizal Abd Majid bertajuk Lentur di Galeri Shah Alam

 

image is not available
Pengunjung merakam kenangan dihadapan karya Nur Ameera Nabihah Mohd Ghazalee bertajuk Peninggalan Moyang ketika Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024

 

image is not available
Karya Kamalin Mastura Kamsan bertajuk 73 Pintu antara menarik perhatian

 

image is not available
Pengunjung melihat karya Shirley Chu Siow Eng bertajuk Bunga Plum mewakili kekuatan dan keberanian

 

image is not available
Karya Zaidatul Assyura Zabri bertajuk Badge of Honour ketika Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024

 

image is not available
Pengunjung melihat karya Mohamad Syafiq Mohamad Sabri bertajuk Series of Toy

 

image is not available
Karya Gavin Yong Yi Onn bertajuk Harmoni Kampungku antara menarik di PTGSA 24

 

image is not available
Karya Muhammad Faris Abdullah bertajuk Vision turut menyertai PTGSA 24