Pan Borneo Sabah: "Pakej Kerja 27 hampir siap"

12 Sep 2022 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej Kerja 27 iaitu menaiktaraf Jalan dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32 kini siap sebanyak 96 peratus.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam, berkata, selebihnya melibatkan kerja-kerja penerapan dijangka siap pada hujung bulan ini.

Jelasnya, sekiranya kerja-kerja itu siap, empat lorong juga dijangka akan dibuka pada hujung Oktober ini.