Panasonic Bersedia Pertimbang Untuk Menjual Bahagian Perniagaan TV

TechnologyDigital
5 Feb 2025 • 11:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Panasonic kini dilaporkan akan pertimbang untuk menjual bahagian perniagaan televisyen dibawah mereka, dalam usaha untuk mengurangkan kerugian dan kos operasi syarikat. Berkongsi berkenaan dengannya pihak Panasonic mengatakan mereka bersedia untuk menjual bahagian perniagaan berkenaan, namun belum membuat sebarang keputusan berkaitan.

Panasonic turut menambah mengatakan mereka merasakan tiada sebarang syarikat yang ingin membeli bahagian perniagaan tersebut. Di Jepun sendiri, pegangan pasaran Panasonic dalam arena televisyen semakin menurun dari tahun ke tahun, apatah lagi dengan pengguna memilih jenama China yang ditawarkan pada harga lebih murah.

Sebelum ini, pada Disember 2024 lepas, Panasonic turut telah menjual pegangan pada bahagian automotif kepada syarikat lain – dalam usaha menstruktur semula pelbagai operasi Panasonic, dan meningkatkan kadar pulangan syarikat.

Dibawah Panasonic juga, terdapat beberapa penawaran lain, terutamanya perkakasan elektronik rumah, selain turut mempunyai penawaran dalam arena pencahayaan, sektor tenaga, pengimejan, komunikasi dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved