Panasonic Lumix G100D Dilancarkan Dengan Perubahan Yang Kecil

TechnologyDigital
8 Dec 2023 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam diam Panasonic Lumix G100D telah diumumkan secara rasmi di Jepun. Ia menjadi model kemaskini untuk Lumix G100 sebelum ini dengan perubahan yang kecil. Hal itu meliputi sokongan EVF baharu beresolusi lebih rendah pada skrin OLED dengan 2.36 juta titik. Selain itu kamera baharu ini juga menggunakan port USB Type-C 2.0 yang menggantikan USB mikro pada Lumix G100.

image is not available

Lain-lain spesifikasi sama sahaja dengan sensor 20.3 Megapixel micro 4:3 yang boleh dipadankan bersama lensa boleh ditukar. Kemampuan rakaman video adalah sehingga 4K 30FPS atau 1080P 60FPS. Kemudian terdapatnya sistem penstabilan imej secara elektronik sahaja kerana tiadanya IBIS.

Selain itu sistem audio Nokia OZO juga disertakan yang sepatutnya audio menyeluruh dapat dirakam melaluinya. Spesifikasi lain ialah sokongan WiFi dan tambatan bluetooth bagi membolehkan kawalan menggunakan aplikasi telefon pintar. Seperkara lagi terdapat output HMDI mini melengkapi kamera.

image is not available

Panasonic Lumix G100D akan dipasarkan di Jepun bermula Januari 2024. Namun belum diketahui lagi sama ada terdapat perubahan pada harga jualan atau sebaliknya.