Panda Eco System, Tianjin Master bekerjasama sediakan rumusan pergudangan dan logistik automatik di Malaysia

LocalTechnology
7 Aug 2025 • 5:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Panda Eco System, Tianjin Master bekerjasama sediakan rumusan pergudangan dan logistik automatik di Malaysia

image is not available

07/08/2025 - 17:30

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Panda Eco System menjalinkan kerjasama strategik dengan Tianjin Master Logistics Equipment Co Ltd bagi menyediakan rumusan logistik dan rantaian bekalan bersepadu syarikat itu termasuk teknologi pergudangan automatik dan logistik pintar di Malaysia.

Menerusi kerjasama itu, Panda Eco System akan dilantik sebagai pelaksana sistem Tianjin Master di seluruh negara.

Tianjin Master yang berpangkalan di China mempunyai pengkhususan dalam reka bentuk dan pembuatan pelbagai peralatan logistik automatik seperti shuttle, kren bertindan dan sistem penghantar. Syarikat itu juga memegang lebih daripada 20 paten dan hak perisian.

Tianjin Master mempunyai rekod prestasi kukuh dengan hampir 100 sistem gudang automatik telah dilaksanakan di seluruh China dan pasaran global lain.

Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Panda Eco System, Loo Chee Wee berkata, pihaknya berbesar hati memulakan kerjasama strategik itu dan ketika ini semakin banyak perniagaan mula bertukar kepada sistem automasik bagi memacu kecekapan operasi.

image is not available
Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Panda Eco System (dua dari kanan), Loo Chee Wee dan Presiden Tianjin Master Logistics Equipment Co Ltd, Chen De Hai (dua dari kiri) dalam satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama di ibu negara.

Beliau berkata, permintaan yang semakin meningkat terhadap automasi dalam sektor runcit, pergudangan dan logistik, didorong penjejakan masa nyata dan operasi yang lebih lancar dalam rantaian bekalan yang semakin kompleks.

"Rumusan Tianjin Master berjaya dilaksanakan merentasi pelbagai industri, direka untuk mengoptimumkan operasi gudang, meningkatkan pengurusan inventori dan membolehkan integrasi lancar dalam ekosistem rantaian bekalan secara menyeluruh.

"Keupayaan itu sejajar dengan sistem pengurusan gudang sedia ada, membolehkan kami menawarkan rumusan menyeluruh dan meningkatkan kecekapan operasi," katanya.

"Dengan memanfaatkan kehadiran dan kepakaran pelaksanaan kami, khususnya dalam sektor runcit, kami yakin dengan keupayaan kami untuk menyampaikan rumusan berimpak tinggi dan bersedia untuk masa depan, sejajar dengan usaha meluaskan penembusan pasaran,” katanya. - DagangNews.com

standard

View Original Article