Panda Eyes sasar buka 15 cawangan, perkukuh modal kerja selepas penyenaraian di Pasaran ACE kelak

LocalBusiness & Finance
17 Apr 2026 • 11:15 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Panda Eyes sasar buka 15 cawangan, perkukuh modal kerja selepas penyenaraian di Pasaran ACE kelak image is not available amree17/04/2026 - 11:15 Foto kredit Hiredly.My Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 AprilPanda Eyes Group Berhad merancang penyenaraian di Pasaran ACE kelak bagi mengumpul dana pengembangan agresif termasuk pembukaan 15 cawangan di seluruh negara.


Menurut draf prospektus kumpulan peruncit fesyen tempatan itu, langkah berkenaan turut mengukuhkan modal kerja memandangkan syarikat berkenaan kini mengendalikan sejumlah 33 cawangan runcit. 


Justeru ujarnya, sebahagian hasil tawaran awam permulaan (IPO) akan dimanfaatkan bagi menambah rangkaian kedai di lokasi strategik seperti kawasan komersial sibuk yang mudah diakses pelanggan.


"Selain itu, dana terbitan saham baharu ini turut digunakan untuk menaik taraf cawangan Panda Eyes sedia ada serta meningkatkan pengalaman pelanggan serta memperkukuh kehadiran jenama," katanya.


Diasaskan oleh pasangan suami isteri, syarikat berkenaan menumpukan perniagaannya kepada reka bentuk dan penjualan pelbagai jenis pakaian, beg serta aksesori di bawah jenama mereka sendiri.


Di samping itu, kumpulan berkenaan turut terlibat dalam penjualan produk pihak ketiga seperti barangan kecantikan, permainan dan kelengkapan rumah untuk memenuhi permintaan tinggi pelanggan.
 

image is not available

Pada masa sama tambahnya, Panda Eyes juga memanfaatkan beberapa saluran digital termasuk platform e-dagang seperti TikTok Shop dan Shopee bagi memperluaskan akses liputan capaian pasarannya.


"Sebahagian lagi dana yang diperoleh akan digunakan sebagai modal kerja, termasuk usaha pembelian inventori serta perbelanjaan pemasaran bagi menyokong pertumbuhan perniagaan kumpulan," katanya.


Dari segi prestasi kewangan, syarikat itu mencatat keuntungan bersih RM22.77 juta dengan hasil RM194.9 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 Jun 2025, manakala margin kasar kukuh sekitar 44%.


Dalam pelaksanaan IPO itu, Pengarah Urusannya, Wang Liang Long, dan Pengarah Eksekutif, Wong Yin Yee turut akan menjual sebahagian pegangan saham mereka, kepada 66.12% daripada kira-kira 95%.


Secara keseluruhan, ia melibatkan tawaran sehingga 30% pegangan dalam syarikat, dengan M&A Securities dilantik sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved