Panda Gergasi Chen Xing Dan Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia, Lambang Persahabatan Dengan China

19 Nov 2025 • 11:25 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sepasang panda gergasi baharu, Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina), dari Republik Rakyat China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 8.30 malam tadi.

Pasangan panda dikuarantin sebelum jadi tatapan umum

Dalam satu kenyataan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan bahawa ketibaan dua panda itu menjadi lambang hubungan persahabatan yang kukuh dan berterusan antara Malaysia dan China.

image is not available

Menurut NRES, Malaysia meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda bersama China melalui perjanjian baharu yang dimeterai pada 16 April 2025, sempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia.

Perjanjian tersebut membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun, bermula 2025 hingga 2035.

image is not available

Setiba di Malaysia, pasangan panda berkenaan terus dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara, yang telah dinaik taraf sepenuhnya bagi menyediakan habitat yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

“Chen Xing dan Xiao Yue kini ditempatkan di bawah tempoh kuarantin wajib selama sebulan dengan pemantauan rapi doktor haiwan serta penjaga berpengalaman sebelum dibuka untuk tatapan umum,” jelasnya.

Sumber: Kosmo!

The post Panda Gergasi Chen Xing Dan Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia, Lambang Persahabatan Dengan China appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved