Pandai bertukang mengalahkan lelaki! Kisah ustazah ini buat netizen kagum

12 Sep 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
bertukang

PANDAI bertukang mengalahkan lelaki! Kehebatan seorang wanita menunjukkan skil membuat rumah membuatkan netizen kagum.

Gara-gara upah kontraktor mahal dengan kos yang semakin meningkat, pemilik akaun Tiktok, @wanifaizun atau nama sebenarnya Auni Hazwani Faizun berusaha membina rumahnya sendiri.

Menurut Auni Hazwani, kerjaya sebagai tukang rumah muncul selepas permohonan pembiayaan bank untuk membina rumah tidak dapat diluluskan.

“Saya bukan tukang rumah tapi sebab gaji tak lepas mana-mana pinjaman, jadi saya putuskan nak buat dan belajar sendiri setakat mana yang mampu.

“Hujung bulan insya-ALLAH part dua (bahagian dua). Tunggu bajet masuk guna gaji sendiri je ni,” kongsinya yang videonya menerima lebih 94,200 tontonan.

image is not available

Rakaman yang berdurasi 37 saat tersebut antara lain menunjukkan dirinya sedang sibuk menyusun batu bata untuk dijadikan dinding rumah.

Kawasan garaj yang kosong sedikit demi sedikit diubah suai menjadi sebuah kediaman.

Memang ramai yang memuji hasil kerja berkenaan sangat teliti.

Mengakui dirinya bukanlah seorang tukang kayu sepenuh masa, Auni Hazwani belajar teknik menukang melalui ayahnya.

Malah, wanita yang mempunyai seorang cahaya mata berkenaan juga menambah ilmu pertukangan melalui saluran Youtube.

image is not available

Rata-rata netizen menyangkakan wanita berusia 30 tahun itu merupakan graduan kejuruteraan awam, namun jawapan balas agak mengejutkan.

Auni Hazwani memberitahu bahawa beliau mengambil jurusan Diploma Dakwah dan Pengurusan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Beliau yang juga seorang ibu tunggal sebenarnya bekerja sebagai pengajar untuk pengajian al-Quran dan fardu ain di asrama berhampiran.

Selain rajin berkongsi video di TikTok, beliau juga memiliki saluran YouTube sendiri dan rajin berkongsikan tip berkaitan pertukangan.

image is not available

Tidak kurang juga komentar mengusik dan ada juga netizen yang melamar ustazah tersebut sebagai bakal isteri.

image is not available

Jangan pernah putus asa!

image is not available

Boleh kerja macam orang lelaki.

image is not available

Orang nama Wani ni memang serba boleh ke?

image is not available

Hantaran RM50K pun ramai sanggup.

image is not available

Aduhai, komen netizen memang tidak pernah mengecewakan.

Moga kita doakan rumah idaman wanita ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Teratak yang dibina dengan titik peluh sendiri dengan semua kesusahan tersebut sebenarnya meninggalkan nilai sentimental cukup bermakna.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article