"Pandai Makan Pandai Simpan" - Kabin Kru Dikenakan Tindakan Tatatertib Akibat Tweet Azfar Heri Dapat Kacang Mas Satu Plastik

Entertainment
7 Sep 2022 • 3:32 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Perkongsian Azfar Heri seorang Youtuber terkenal mendapat reaksi yang kurang senang dari netizen. Semuanya berpunca dari satu tweet yang menunjukkan beliau mendapat layanan istimewa hanya disebabkan beliau seorang 'influencer' dakwa netizen.

Zarul Umbrella yang juga bekas pramugara MAS telah terpanggil untuk menjawab isu tersebut. Beliau kongsikan pendapat beliau tentang apa yang berlaku di akaun TikTok-nya.

Menurutnya, sepatutnya penumpang hanya diberikan sebungkus pek kacang sahaja dan bukanlah banyak seperti itu. Setiap penumpang hanya perlu diberikan sebungkus atau maksimum tiga hingga lima pek mengikut permintaan jika mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Malah, Zarul mengatakan mungkin pihak kabin kru telah menasihati Azfar untuk merahsiakan hal tersebut ataupun sebaliknya berlaku. Bukan itu sahaja, hal ini menunjukkan kesilapan berlaku kerana pelanggaran SOP.

Kecoh di Twitter pula ada beberapa pengguna mengatakan bahawa akibat dari perkongsian Azfar Heri kabin kru yang terlibat telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan Malaysia Airlines. Tak memasal dah kecoh, lepas ini pandai makan pandai simpan ya!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved