“Pandai-Pandai Je Cakap Gitu” – Linda Onn Nafi Pernah Dapat Gaji Puluh Ribu Masa Jadi DJ Radio

17 Jan 2024 • 11:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
linda onn

Hangat pula diperkatakan di media sosial kononnya gaji penyampai radio mencecah puluhan ribu sebulan. Ada juga DJ yang dikatakan dibayar sehingga RM150,000. Biar betul?

Penyampai radio terkenal, Linda Onn tampil bersuara selepas seorang netizen mendakwa gaji yang diterimanya ketika berkhidmat di Suria FM sebanyak RM45,000.

image is not available

Kata Linda, dia tak pernah mendapat gaji sebanyak itu di mana-mana stesen radio meskipun namanya ketika itu gah dan memenangi banyak anugerah.

Penyampai ini secara jujur berkata, gajinya tidak sampai RM10,000. Linda juga meluahkan rasa beruntung jika benar gaji DJ sekarang cecah ratusan ribu ringgit.

image is not available

Namun, dia sedar kualiti dan pendekatan DJ sekarang berbeza dengan dahulu. Kehendak pendengar dan stesen radio pun dah lain, jadi tak mustahil kalau ada yang dapat gaji sebanyak yang diperkatakan.

Kredit: Facebook Linda Onn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.