Pandang Pertama ASUS Zenbook S13 OLED – Lebih Nipis, Lebih Ringan, Lebih Berkuasa

TechnologyDigital
25 Apr 2023 • 6:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini ASUS telah memperlihatkan beberapa produk baru yang memfokuskan kepada produktiviti harian di pejabat, sekolah dan juga rumah, dan diantaranya ialah komputer riba kelas produktiviti ASUS Zenbook S13 OLED yang akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

image is not available

Baru-baru ini, kami telah diberi peluang untuk melihat sendiri rekaan dan fungsi komputer riba ini sebelum ia dilancarkan di pasaran tempatan, dan bagi saya, ini merupakan sebuah mesin produktiviti harian yang mungkin saya mahukan untuk diri sendiri

Spesifikasi

ASUS Zenbook S13 OLED
SkrinASUS Lumina OLED (2880×1800)
CPUIntel Core i5-1355U, Intel Core i7-1355U
GPUIntel Iris Xe
RAM16GB DDR4 
Storan512GB/1TB M.2 NVMe PCIe
Kamera Utama1080p Infra Merah
I/O1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A
2 x Thunderbolt 4
Kunci Kensington
Bateri63 WHr
Pengecasan 65W
SIM/TelefoniTiada
WiFi802.11a/b/g/n/ac/6e
Bicu AudioYa
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanWajah Windows Hello
Harga JualanRM4999/RM5999

Rekaan

Siri ASUS Zenbook merupakan diantara komputer riba kelas Ultrabook pertama yang diperkenalkan bertahun-tahun dahulu, dan kini dengan model terbaru ini dilihat mengekalkan gabungan rekaan nipis dan ringan dan penggunaan komponen-komponen yang berkuasa.

image is not available

Dari segi binaan rangka, ASUS dilihat menggunakan gabungan aluminum-magnesium untuk bahagian bawah komputer riba ini yang merumahkan komponen-komponen, dan juga sebuah bahan baru yang dinamakan plasma ceramic aluminum ataupun aluminium seramik plasma untuk bahagian belakang paparan.

image is not available

Ini membolehkan komputer riba ini untuk hadir dengan jumlah berat seringan 1kg sahaja, dan mempunyai ketebalan maksima 1cm apabila ia ditutup. Walaupun dengan rekaan yang serba nipis ini. ASUS Zenbook S13 OLED ini masih tampil dengan sejumlah palam terbina yang mencukupi, yang terdiri daripada USB 3.2 Type-A, dua palam Thunderbolt 4, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 3.5mm.

image is not available

Dari segi paparan, komputer riba ini hadir dengan paparan ASUS OLED Lumina bersaiz 13.3 inci dengan resolusi 2880×1800 yang mempunyai nisbah paparan 16:10 yang sedikit lebih tinggi, yang akan memanfaatkan mereka yang mahukan lebih banyak ruang untuk bekerja.

ASUS OLED Lumina

Selain daripada spesifikasi cip pemprosesan Intel yang berkuasa, satu kelebihan yang diperlihatkan pada komputer riba ASUS Zenbook S13 OLED ini ialah ia merupakan diantara komputer riba kelas produktiviti ASUS pertama yang menggunakan panel ASUS OLED Lumina yang hadir dengan pelbagai ciri yang menarik.

image is not available

Selain dari menjanjikan olahan warna yang lebih menarik, paparan ini turut hadir dengan ciri-ciri seperti kadar segar semula 120Hz, nilai kecerahan 600 nit, kebolehan untuk mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3, kejituan warna Delta E<1, penjimatan kuasa yang lebih baik, beserta sokongan teknologi paparan DisplayHDR True Black.

Selalunya penggunaan komputer riba untuk jangkamasa yang lama tidak digalakkan kerana cahaya biru yang boleh merosakkan mata, tetapi dengan panel baru ini, ASUS menjanjikan pengurangan cahaya biru sebanyak 70 peratus berbanding dengan paparan-paparan yang biasa supaya mata anda tidak begitu cepat penat.

Bateri

ASUS turut menjanjikan bahawa Zenbook S13 OLED ini hadir dengan jangkahayat bateri selama 14 jam melalui bateri 63Wh yang boleh dicas melalui palam USB Type-C yang terbina didalam komputer riba ini.

image is not available

Ia juga hadir dengan sistem pengecasan pantas yang mana dengan pengecasan selama 49 minit, komputer riba ini akan dicas sebanyak 70 peratus. Selain daripada pengecas yang disediakan, anda juga boleh menggunakan pengecas 65W sedia ada jika anda sudahpun memilikinya.

Kesimpulan

Pendapat awal kami mengenai komputer riba ini ialah ia merupakan sebuah komputer riba produktiviti nipis dan ringan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira tujuan ataupun sebab. Dari pekerja pejabat ke pelajar sekolah ataupun kolej dan juga mereka yang bekerja dari rumah, ASUS Zenbook S13 OLED ini merupakan sebuah komputer riba yang boleh dimanfaatkan oleh semua.

image is not available

Kami berharap untuk mengulas komputer riba ini tidak lama lagi, dan lihat sendiri samada ia sesuai untuk menggantikan beberapa daripada komputer riba kami yang tidak dikemaskini untuk beberapa tahun.