Sebut sahaja mengenai Honor sudah pasti kita mungkin memikirkan tentang telefon pintar. Tetapi sebenarnya Honor juga mempunyai barisan komputer riba yang menarik. Paling terkini mereka akan membawa masuk MagicBook Art 14 ke pasaran global termasuk Malaysia dengan keseimbangan terhadap rekabentuk, skrin dan prestasi yang hebat. Kami telah meluangkan sedikit masa dengannya dan berharap untuk mencari alternatif yang kukuh kepada tawaran komputer riba Honor yang lain. Inilah artikel pandang pertama kami untuk Honor MagicBook Art 14.

Spesifikasi Ringkas Peranti
Honor MagicBook Art 14 Skrin 14.6″ OLED 3.1K
Panel sesentuhPemproses Intel Core Ultra 5 125H Cip 18M Cache
sehingga 4.50 GHzCip Grafik Intel Arc integrated graphics RAM 16GB DDR5 RAM Muatan Dalaman 1TB SSD PCIe-NVMe Kamera Utama 1080P I/O 1 XUSB-C (thunderbolt 4)
1 X USB-C 3.2 Gen 2
1 X USB-A 3.2 Gen 1
1 X HDMI 2.1
1 X bicu audio 3.5mmBateri 60 Wh
Pengecasan 66W USB-CSIM/Telefoni Tiada WiFi 802.11a/b/g/n/ac/6 Bicu Audio Ya Kalis Air Tiada Sistem Imbasan Pengimbas cap jari Harga Jualan Dikemaskini kemudian
Rekabentuk Dan Skrin
Sejujurnya memang sukar untuk kami membezakan diantara komputer riba ini dengan siri Huawei MateBook X Pro. Situasi ini disebabkan oleh reka bentuknya yang nipis dan elegan di samping kualiti binaan yang hebat dari segi perkakasan. Lihat sahaja bagaimana kami boleh memegang MagicBook Art 14 ini hanya menggunakan dua jari yang bermakna ia benar-benar ringan.

Rangka aloi magnesium-aluminium digunakan juga terasa kukuh dengan kesemua sisi yang melengkung menjadikan komputer riba nampak lebih kemas dan mudah dipegang. Model ditangan kami juga dihiasi kemasan pusam dengan padanan hijau tentera (Army Green) yang sepatutnya boleh menghasilkan impak menarik sambil mencipta elemen lebih mewah serta bergaya. Namun perlu diakui, walaupun nampak mewah dan selesa, rupanya pengalaman tersebut bergantung kepada cara seseorang individu menggunakan komputer riba tersebut.
Misalnya seperti seseorang yang mudah berpeluh boleh menyebabkan kotoran mudah melekat di sebahagian besar permukaan komputer riba khususnya ruang untuk meletakkan tangan berhampiran papan kekunci. Namun jangan risau kerana ia masih boleh dibersihkan dengan mudah, kemudiannya kembali menyerlahkan lagi ciri premium, kemas dan cantik.


Satu lagi elemen hebat pada MagicBook Art 14 ialah kamera web yang boleh ditanggalkan. Ia mudah untuk dikendali dengan konsep ‘plug and play’ menggunakan sambungan bluetooth, Kamera ini mempunyai resolusi HD dan saiz yang kecil tidak memakan banyak ruang. Kemudian boleh diubah agar bersesuaian dengan situasi yang diinginkan misalnya seperti sesi telesidang secara berkumpulan. Selain turut mempunyai pelbagai jenis ciri yang boleh memudahkan penggunanya.

Sebagai contoh ciri auto framing dengan autofokus bagi memastikan subjek kekal dalam bingkai. Ia tidak kurang menariknya kerana menawarkan beberapa penyesuaian lain dengan mudah seperti Eye Contact, Portrait Lighting, Backgroud Effect: Standard/Portrait Blur dan Creative Filter. Seterusnya boleh dicabut dan disimpan semula di dalam ruang disediakan pada bahagian sisi komputer riba. Sebagai peringatan juga akan terdapatnya satu pemberitahuan sekiranya untuk pengguna menyimpan semula kamera selepas 20 minit tidak disambungkan pada komputer riba.
Pendekatan yang digunakan Honor pada komputer riba ini boleh dianggap mengagumkan, terutamanya bagi orang yang tidak menggunakan kamera web dengan kerap seperti kami. Ia juga membawa manfaat yang baik dengan tidak lagi merakam kamera web apabila tidak digunakan. Namun masalah sebenarnya masih wujud khususnya apabila kamera tersebut mungkin hilang atau terlupa di mana keberadaannya. Justeru itu diharapkan Honor boleh memberi penyelesaian lebih baik di masa akan dayang dengan cara menambah ciri Find My Camera misalnya.

Untuk hiburan juga hebat dengan skrin OLED sebesar 14.6-inci yang diletakkan di dalam bezel yang cukup nipis untuk memperoleh nisbah skrin-ke-badan sebanyak 97%. Resolusi skrin pula boleh mencapai resolusi 3.1K yang bermaksud kandungan cukup dan tajam boleh dinikmati tanpa mengira keadaan situasi semasa. Selain turut digabungkan juga dengan nisbah aspek 3:2 yang bagus untuk kerja produktiviti dan kecerahan 700nits yang memadai untuk kebanyakan penggunaan.
Sebagai tambahan lain, paparan juga sejenis sesentuh yang menyokong gerak isyarat seperti melerat ke bawah untuk melihat skrin utama. Sebagai satu lagi ciri khusus, Honor menggabungkan mod keselesaan mata ke dalam komputer riba dengan ia boleh mengurangkan cahaya biru melalui perisian terbina namun kami tidak pula mengujinya untuk pandang pertama ini.

Ciri lain dengan enam pembesar suara dan tiga mikrofon terbina mempunyai sistem bunyi yang baik bagi menambah pengalaman penggunaan lebih baik. Melaluinya bunyi bass terasa mengagumkan dengan pentas audio sekeliling yang hebat pada audio yang tinggi. Memainkan lagu ‘Halestorm – Bad Romance (Lady Gaga)’ dan ‘Travis Scott – FE!N ft. Playboi Carti’ yang sebahagian besarnya memberi pangalaman bunyi cukup baik untuk pengguna kasual.


Di bahagian pilihan I/O juga meyediakan 1 x USB-C (thunderbolt 4), 1 X USB-A 3.2 Gen 2, 1 X USB-A 3.2 Gen 1, 1 X HDMI 2.2 TMDS dan 1 X bicu audio 3.5mm.
Papan Kekunci Dan Pad Sesentuh
Seperti yang boleh dilihat papan kekunci disesiakan secara asanya bagus untuk pengalaman menaip tetapi masih bergantung pada cara seseorang individu menggunakannya. Ia menawarkan papan kekunci bersaiz penuh dengan pad bernombor. Jarak kekunci adalah diantara 1.5mm yang menjadikan setiap ketukan terasa puas serta boleh menaip dengan pantas.

Sokongan lampu latar LED bewarna putih juga diberikan dengan keterangan yang boleh dilaras dengan cara menekan kekunci Fn+ spacebar secara serentak. Kemudian tiga pilihan diberikan iaitu Auto, Low dan High dengan kesemuanya menawarkan pencahayaan yang bagus serta baik terutamanya digunakan dalam keadaan gelap. Terdapat juga sensor cap jari di bahagian atas sebelah kanan papan kekunci, yang diintegrasikan bersama butang kuasa. Pujian juga diberikan untuk binaan papan kekunci yang teguh serta mampu memberikan maklum balas yang baik sewaktu ditekan.

Pad sesentuh juga tidak kurang menariknya yang mempunyai permukaan licin dan bagus untuk beberapa sokongan gerak isyarat yang baik. Misalnya seperti Three fingers swipe right untuk bertukar diantara windows, Three fingers swipe up untuk kerja multitask lebih pantas, Three fingers swipe down untuk kembali ke skrin utama dan Four Fingers Tap untuk mengaktifkan bar carian.
Perkakasan Dan Perisian
Diteruskan artikel dengan melihat komputer riba ini secara teknikal. Honor MagicBook Art 14 dijana dengan CPU Intel Core Ultra 5 125H bersama GPU Intel Arc integrated graphics. Ia juga merupakan CPU dan GPU yang sama terdapat pada MateBook X Pro baharu. Pilihan memori terdiri dengan 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Bercakap tentang bateri, Honor MagicBook Art 14 dimuatkan dengan bateri 60Wh yang juga menyokong sistem pengecasan pantas 66W.

Namun perlu juga dinyatakan bahawa ini merupakan pilihan memori dan memori dan storan untuk unit yang diuji dalam artikel ini. Penawaran untuk unit komersial adalah bergantung pada pengumuman rasmi pada September nanti. Lebih banyak ujian perlu dilakukan bagi melihat prestasinya secara menyeluruh namun setakat perkongsian awal ini komputer riba diihat boleh berfungsi dengan baik malahan turut selesa digunakan khususnya menonton kandungan video dan menaip artikel.
Selain itu, model AI terbina terus di dalam MagicBook Art 14 tahun ini amatlah membantu meningkatkan produktiviti pengguna. Misalnya seperti butang Copilot khusus untuk akses pantas kepada fungsi Copilot dengan serta merta, atau mengaktifkan kunci menu dalam aplikasi. Kemudian AI Bidirectional Noise Cancelling yang memanfaatkan kuasa AI untuk menapis audio dan meningkatkan perbualan dengan keupayaan pembatalan hingar dua arah yang unik. Sesuai digunakan dalam sesi telesidang sama ada secara beseorangan mahupun berkumpulan.

Digabungkan dengan AI-Empowerd Collaboration – Magic Ring pula boleh menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza termasuk tablet, komputer riba dan banyak lagi. Kemudian AI Honor Notes menyokong ciri suntingan teks yang pelbagai, akses kamera telefon berbilang OS untuk proses ambil gambar lebih baik dan menyediakan output kandungan segera. Akhir sekali ialah AI Favourite Global yang berfungsi lebih kurang seperti Huawei SuperHub yang boleh menyimpan teks, dokumen dan imej dalam ruang Favourite kemudian mencarinya semula apabila perlu.
Kesimpulan
Honor MagicBook Art 14 mempunyai penawaran yang serba boleh. Ia direka untuk zaman AI dengan perisian moden bagi membantu meningkatkan produktiviti kerja. Selain itu lebih ringan serta mudah dibawa ke mana sahaja tanpa lebihan bebanan pada pengguna. Tiada harga jualan didedahkan setakat artikel ditulis namun Honor mengesahkan kehadiran di Malaysia pada minggu hadapan seiring dengan telefon boleh lipat Magic V3.
PRO
- Binaan yang ringan dan nipis.
- Papan kekunci selesa digunakan dengan ruang meletak tangan yang besar.
- Pilihan I/O yang baik.
- Pengecas 66W yang pantas.
- Kamera web boleh dicabut untuk lebih privasi.
KONTRA
- Tiada sokongan khusus untuk carian kamera web sekiranya hilang.
- Kemasan elegan bergantung pada penggunaan individu.
