Siri Poco F6 telah pun dilancarkan hari ini di Dubai Exhibition Center. Kedua-dua peranti adalah peranti mercu mampu milik yang cukup berkuasa dengan kamera 50MP, skrin AMOLED yang canggih dengan Dolby Vision dan 120Hz, menjalankan Xiaomi HyperOS dengan ciri AI generatif dan setiap peranti direka untuk kelihatan premium agar pengguna tidak rasa terasing dengan pengguna peranti pesaing.

Saya telah menggunakan Poco F6 untuk beberapa hari sepanjang perjalanan di Dubai bersama Poco Malaysia. Pada hemat saya Poco F6 adalah sebuah peranti yang cukup hebat dan ini adalah artikel pandang pertama mengenai pengalaman saya menggunakannya.
SPESIFIKASI DAN REKAAN
Skrin 6.67″ AMOLED, 1.5K WQHD+, 120Hz,
Dolby Vision, 2400 nits, Gorilla Glass VictusPemproses Snapdragon 8s Gen 3 (4nm)
1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520Cip Grafik Adreno 735 RAM 8/12 GB LPDDR5X
8 GB MayaStoran 256/512 GB UFS 4.0 Kamera Utama 50MP IMX 882, f/1.59, OIS (Sudut Lebar)
8MP (Sudut Ultra Lebar)Kamera Depan 20MP, f/2.2 Bateri 5000mAh
90W Xiaomi HyperCharge (Berwayar)Sim/Telefoni Dwi-SIM 5G Audio Speaker Stereo Dolby Atmos WiFi, NFC, Bluetooth WiFi 6, Ya, Bluetooth 5.4, Infra Merah Ya Kalis Air IP64 Sistem Imbasan Cap Jari Bawah Skrin Harga Jualan Hitam/Titanium/Hijau
RM1,799 (8/256 GB)
RM1,999 (12/512 GB)
Poco F6 adalah sebuah peranti mercu mampu milik yang aneh kerana di atas kertas, peranti ini jauh lebih hebat berbanding Poco F6 Pro. Misalnya adalah sokongan Gorilla Glass Victus, perlindungan kalis air IP64 dan cip lebih baharu. Peranti turut direka untuk kelihatan lebih profesional kerana tiada corak dan cukup minimalis dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan titanium yang sesuai dengan ramai orang.

Penggunaan memori LPDRR5X untuk RAM dan UFS 4.0 untuk storan adalah satu keputusan bijak oleh Poco kerana ia adalah teknologi yang kerap digunakan pada peranti mercu mahal. Kamera 50MP dengan ciri AI untuk warna yang dipadankan dengan kamera 8MP tanpa sebarang sensor gimik. Paling saya gemari adalah Poco turut menyertakan ciri AI generatif yang sama ada pada Xiaomi 14 iaitu AI Eraser Pro, AI Expansion, AI Portrait dan AI Subtitles.

Perkara paling mengejutkan pada saya adalah Poco F6 turut menyokong perlindungan kalis air dan debu IP64, masih menggunakan speaker Dolby Atmos dan dijual pada harga bermula RM1799. Malah jika anda beli semasa promosi, peranti ini boleh dibeli pada harga serendah RM1559.

PENGALAMAN PENGGUNAAN
Skrin peranti ini adalah antara yang terbaik pernah saya cuba pada peranti Poco. Namun begitu, saya masih memerlukan masa untuk menguji secara lebih mendalam. Setakat melihat pelancar, hasil rakaman video, gambar yang diambil dan perbandingan dengan Poco F5 melalui memori – skrin F6 nampak lebih cantik dan memuaskan.

Xiaomi HyperOS digunakan pada peranti Poco F6 ini. Tiada lagi MIUI for Poco atau Poco HyperOS kerana Xiaomi hanya melakukan perubahan yang kecil pada sistem operasi untuk peranti lebih mampu milik mereka. Beza paling ketara adalah lambakan iklan pada F6 yang sangat menjengkelkan. Bayangkan, akses Internet saya di Dubai terhad jadi saya tidak boleh mengemaskini aplikasi seperti biasa dan Poco F6 mengeluarkan notifikasi iklan memberitahu untuk saya tidak ketinggalan kerana sudah lebih 90% pengguna mengemaskini aplikasi yang sama.

Setakat beberapa hari penggunaan ini, prestasi Snapdragon 8s Gen 3 adalah sangat memuaskan. Walaupun ia mempunyai spesifikasi lebih rendah berbanding Snapdragon 8 Gen 2 dan 8 Gen 3, sepanjang penggunaan saya ia seakan tiada beza yang ketara. Saya banyak menguji kamera dan menerokai ciri menarik yang ditawarkan pada HyperOS, untuk permua saya belum sempat mengujinya tetapi dalam ujian penanda aras AnTuTu 3D saya menerima skor 1,428,642 dengan kuasa CPU dan GPU dicatatkan telah menewaskan lebih 50% peranti pesaing.

Di pentas semasa pelancaran, mereka memaparkan skor yang lebih kurang sama dengan skor OnePlus 12 yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 3.

Beralih kepada kamera pula, Poco kali ini mengikut strategi Nothing iaitu hanya menyertakan dua sensor kamera tanpa sebarang sensor gimik.

Untuk kualiti, mod malam nampak baik tetapi tidak memuaskan. Apa yang mengejutkan adalah kamera utama 50MP yang mampu memelihara butiran dan menghasilkan warna yang menawan. Saya tidak sabar untuk menggunakan peranti ini sebagai peranti harian untuk menguji lebih kemampuan kameranya. Kamera swafoto 20MP pun nampak cantik dan tidak lagi memerlukan suntingan tambahan.




Poco F6 menggunakan sistem speaker stereo Dolby Atmos. Dalam ujian ringkas saya, ia seakan speaker Redmi Note 13 Pro+ yang sedikit lebih baik. Untuk bateri, penggunaan berat sepanjang beberapa hari di Dubai dengan berkongsi peranti bersama dua media lain memberi ketahanan sekitar 4 jam SOT. Ini mungkin kerana penggunaan yang tidak konsisten dan cuaca yang sangat panas di Dubai. Walau bagaimanapun, pengecasan pantas 90W boleh mengecas peranti dari 0% ke 100% dalam masa kurang 40 minit.
PESAING
Poco F6 Nothing Phone (2a) Samsung Galaxy S23 FE 6.67″ AMOLED, 1.5K WQHD+, 120Hz,
Dolby Vision, 2400 nits, Gorilla Glass Victus6.7″ AMOLED, FHD+, 120Hz, 1300 nits,
Gorilla Glass 56.4” AMOLED 2X, FHD+, 120Hz, HDR10+ Snapdragon 8s Gen 3 (4nm)
1x 3.0 GHz Cortex-X4
4x 2.8 GHz Cortex-A720
3x 2.0 GHz Cortex-A520MediaTek Dimensity 7200 Pro (4nm)
2x 2.8 GHz Cortex-A715
6x 2.0 Cortex-A510Exynos 2200 (4nm)
1x 2.8 GHz Cortex-X2
3x 2.50 GHz Cortex-A710
4x 1.8 GHz Cortex-A510Adreno 735 Mali-G610 MC4 Xclipse 920 8/12 GB LPDDR5X 12GB LPDDR4X 8GB LPDDR5 256/512 GB UFS 4.0 256 GB UFS 2.2 128/256 GB UFS 2.2 Kamera Utama
50MP, OIS, f/1.59 (Sudut Lebar)
8MP, (Ultra Sudut lebar)Kamera Utama
50 MP, f/1.88, OIS & EIS (Sudut Lebar)
50 MP, f/2.2 (Sudut Ultra Lebar)Kamera Utama
50MP f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
12MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar)
8MP f/2.4, 3x Optikal (Telefoto)Kamera Hadapan
20MP, f/2.2Kamera Hadapan
32MP f/2.2Kamera Hadapan
10MP f/2.4IP64 IP54 IP68 Tiada bicu audio Tiada bicu audio Tiada bicu audio Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo 5000 mAh (Berwayar 90W) 5000 mAh (Berwayar 45W) 4500 mAh (Berwayar 25W) Hitam/Titanium/Hijau
RM1,799 (8/256 GB)
RM1,999 (12/512 GB)Hitam/Putih
RM1,699 (12/256 GB)RM2999 (8/128GB)
RM3299 (8/256GB)
KESIMPULAN
Saya masih rasa aneh kenapa banyak ciri lebih profesional disertakan pada Poco F6 dan bukannya Poco F6 Pro. Dengan penawaran seperti ini, peminat Poco yang akan membeli F6 adalah sangat untung kerana menerima pakej menarik pada harga bawah RM2000. Skrin yang hebat, kamera yang elok, prestasi yang bagus, speaker yang lebih sedap dan harga yang mampu milik.

Satu perkara yang pengguna perlu tabah nanti adalah proses mematikan iklan yang kejap terus tidak keluar dan kadangkala turut muncul secara mengejut. Lain-lain perkara saya yakin orang ramai yang mencari peranti mercu dengan harga mampu milik, peranti ini adalah pilihan yang terbaik. Terus ikuti Amanz untuk artikel ulasan yang akan diterbitkan dalam masa beberapa minggu lagi.
PRO DAN KELEBIHAN
- Skrin yang cantik dan hebat.
- Poco ada perlindungan IP64.
- Kamera 50MP yang cantik.
- Prestasi yang memuaskan.
- Ciri AI generatif yang menarik.
KONTRA DAN KEKURANGAN
- Xiaomi HyperOS yang digunakan penuh dengan iklan.
- Speaker tidak begitu sedap.
- Hasil suntingan AI masih memerlukan latihan.
- Terlampau banyak aplikasi gendut.
