Pandang Pertama Samsung Galaxy A55 Dan Galaxy A35 – Exynos Perlu Diberi Peluang Kedua

TechnologyDigital
25 Mar 2024 • 12:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari lepas dua peranti kelas pertengahan baharu Samsung telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, iaitu Samsung Galaxy A55 dan Samsung Galaxy A35. Kedua-dua peranti ini menjalankan One UI 6.1 berasaskan Android 14 tanpa sebarang ciri Galaxy AI. Tetapi kali ini Samsung menekankan ciri sekuriti yang terbina iaitu Knox Vault. Persoalannya Galaxy A mana satukah yang berbaloi untuk dimiliki?

SPESIFIKASI DAN REKAAN

Samsung Galaxy A55Samsung Galaxy A35
Skrin6.6″ Super AMOLED, 1080 x 2350 FHD+,
120Hz, HDR10+, Gorilla Glass Victus+
6.6″ Super AMOLED, 1080 x 2350 FHD+
120Hz, HDR10+, Gorilla Glass Victus+
PemprosesExynos 1480 (4nm)

4x 2.75 GHz Cortex-A78
4x 2.0 GHz Cortex-A55
Exynos 1380 (5nm)

4x 2.4 GHz Cortex-A78
4x 2.0 GHz Cortex-A55
Cip GrafikXclipse 530 (AMD RDNA2)Mali-G68 MP5
RAM12GB LPDDR58GB LPDDR5
Storan256GB UFS 3.1256GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP, f/1.8, OIS Sudut Lebar
12MP, f/2.2 Sudut Ultra Lebar
5MP, f/2.4 Makro
50MP, f/1.8, OIS Sudut Lebar
8MP, f/2.2 Sudut Ultra Lebar
5MP, f/2.4 Makro
Kamera Depan32MP, f/2.213MP, f/2.2
Bateri5000mAh
Pengecasan Berayar 25W
5000mAh
Pengecasan Berayar 25W
Sim/TelefoniDwi-SIM 5GDwi-SIM 5G
AudioSpeaker StereoSpeaker Stereo
WiFi. NFC, BluetoothWiFi 6, Ya, Bluetooh 5.3WiFi 6, Ya, Bluetooh 5.3
Infra MerahTiadaTiada
Kalis AirIP67IP67
Sistem ImbasanCap Jari Bawah SkrinCap Jari Bawah Skrin
Harga JualanBerharga RM1,999Berharga RM1,699

Skrin peranti ini menggunakan rekaan yang rata tetapi sayang sekali tidak seperti Nothing atau Redmi, Samsung tidak menawarkan rekaan dengan bezel yang nipis dan sekata. Ini menyebabkan kedua-dua peranti Samsung Galaxy A55 dan Samsung Galaxy A35 tidak cukup enak untuk melihat skrinnya pada jangka masa panjang. Sayang sekali sukar untuk saya hargai panel Super AMOLED dengan warna yang cantik, tatalan yang pantas serta cukup terang untuk dua peranti dalam kelas pertengahan ini.

Sudah bertahun Samsung meminjam rekaan siri Galaxy S kepada siri Galaxy A. Ini secara tidak langsung menjadikan Galaxy A55 dan Galaxy A35 sebagai alternatif Galaxy S24 yang terbaik. Rekaan lebih kurang sama jadi tidak rasa ketinggalan, harga jualan juga lebih mampu milik dan kedua-dua peranti ini masih dibina untuk rasa premium di tangan. Percayalah, jika tidak melihat skrin dari jauh orang pasti akan melihat Galaxy A ini seakan Galaxy S.

Ada sedikit keunikan pada rekaan kedua-dua peranti ini berbanding dengan Galaxy S24 dan Galaxy S24+. Di sisi peranti ada sedikit lekuk untuk cengkaman tambahan. Pandangan dari sisi turut menampakkan peranti ini lebih seksi. Semua butang kuasa dan laras suara berada di kiri, tiada apa-apa di kanan, di atas ada lubang mikrofon dan slot kad SIM, akhir sekali di bawah terletaknya kekisi speaker, slot USB-C dan lagi lubang mikrofon. Panel belakang peranti adalah rata dan hanya mempunyai logo Samsung serta bonggol kamera dengan rekaan setiap lensa terkeluar.

PENGGUNAAN – ONE UI 6.1 + KNOX VAULT

Saya amat kecewa apabila mendapati, Galaxy A55 dan Galaxy A35 kedua-dua menggunakan One UI 6.1 berasaskan Android 14 yang sama dengan siri Galaxy S24 tetapi sayang sekali tiada langsung ciri Galaxy AI. Malah yang ringkas seperti penterjemahan pun terhad kepada Google Translate yang terbina pada papan kekunci. Untuk siri Galaxy A baharu ini, Samsung memberi fokus kepada sekuriti iaitu Knox Vault.

Sebelum saya masuk ke Knox Vault, saya akan kongsi pengalaman ringkas menggunakan peranti ini untuk beberapa hari. Saya akan mulakan dengan Galaxy A55 yang mana ia cukup pantas, lancar dan langsung tiada masalah lengah masa yang serius setakat beberapa hari penggunaan. Exynos 1480 benar-benar mencabar cip pemprosesan peranti kelas pertengahan lain. Saya berani katakan menggunakan Gakaxy A55 adalah seakan menggunakan Galaxy S24+ tanpa ciri AI dan kemampuan permua yang memuaskan.

Untuk Galaxy A35 pula, saya terus tepuk dahi kerana terus rasa kecewa. Peranti ini menggunakan cip Exynos yang sama pada Galaxy A54 yang berasaskan 6nm. Binaan cip seperti ini sebenarnya sudah usang dan tidak lagi efisien. Disebabkan itu, peranti ini akan ada masalah lengah masa yang jelas dan masalah pemanasan yang serius sehingga peranti sukar untuk dipegang. Saya lebih rela menggunakan peranti kelas pertengahan dengan cip Helio G99 berbanding Exynos 1380.

Berikut adalah ciri Knox Vault yang Samsung ingin tekankan pada kedua-dua Galaxy A baharu ini;

  • Perlindungan berasaskan TEE, TrustZone.
  • Kata laluan, biometri dan kunci kriptografi dalam peranti diuruskan oleh sistem operasi tersendiri bukan Android.
  • Perlindungan pengguna dari cip pemproses ke dalam peranti sehinggalah ke awanan.
  • Satu-satunya barisan peranti kelas pertengahan dengan sistem sekuriti paling ketat.

Jika biasanya anda temui ciri sekuriti ini pada peranti mercu, dengan Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 anda boleh menikmati perlindungan yang dahsyat ini pada harga bawah RM2000. Jadi jika anda menyimpan banyak maklumat sulit pada telefon anda, Samsung Galaxy A55 dan Galaxy A35 akan menjadi peranti pilihan terbaik.

PRESTASI DAN PENANDA ARAS

Untuk ujian penanda aras saya membandingkan Galaxy A55 dengan Nothing Phone (2a) dan Galaxy A35 dengan Oppo Reno11 F. Skor Galaxy A55 membuatkan saya terkejut kerana ia benar-benar berkuasa dan boleh menjadi pembunuh peranti kelas pertengahan. Skor pada Galaxy A35 pula membuatkan saya terfikir, ini peranti kelas asas ke? Bukan, tetapi skor yang agak rendah dan penggunaan juga tidak memuaskan.

Antutu 3D

  • Samsung Galaxy A55 – 686,987
  • Nothing Phone (2a) – 685,115
  • Samsung Galaxy A35 – 503,093
  • Oppo Reno11 F – 606,353

Geekbench 6

  • Samsung Galaxy A55 – 1120/3338
  • Nothing Phone (2a) – 1110/2589
  • Samsung Galaxy A35 – 780/2700
  • Oppo Reno11 F – 884/2164

3D Mark Wildlife Extreme

  • Samsung Galaxy A55 – 1049 / 6.28
  • Nothing Phone (2a) – 1157 / 6.93 FPS
  • Samsung Galaxy A35 – 810 / 4.86 FPS
  • Oppo Reno11 F – N/A

Saya hanya sempat menguji permua pada Galaxy A55. Cip Exynos 1480 adalah lebih pantas dan lancar berbanding Dimensity 7200 Pro. Permua seperti Marvel Snap sangat lancar, pantas dan tiada masalah tertutup dengan sendiri seperti peranti Snapdragon 8 Gen 3. Tetapi permua grafik tinggi seperti Honkai Star Rail tidak boleh dijalankan kerana selepas 10 saat ia tertutup dengan sendiri. Galaxy A35 saya yakin ia boleh menjalankan permua, tetapi grafik 3D perlu menggunakan tetapan rendah.

KAMERA YANG OK!

Samsung Galaxy A55 menggunakan konfigurasi kamera 50+12+5 Megapixel dengan kamera swafoto 32 Megapixel. Kemampuan kamera pada peranti ini adalah sederhana sahaja tetapi pasca-proses setiap gambar adalah lebih pantas berbanding Nothing Phone (2a). Warna pada saya baik, cuma ia tidak ia tidak cukup menyerlah dan fokus yang lambat sedikit.

image is not available
Waktu malam tidak begitu kemas, fokus juga tidak baik.

Untuk Samsung Galaxy A35 pula, agak melampau kalau saya terus marah dan luahkan rasa tidak puas hati apabila baru menggunakannya untuk beberapa hari. Walaupun menggunakan 50+8+5 Megapixel dengan kamera swafoto 13 Megapixel, hasilnya lebih kepada bolehla... Ia tidak teruk, kerana masih mampu menghasilkan warna yang cantik dan cuba untuk memelihara butiran. Cuma peranti berharga RM1699 sepatutnya mempunyai kamera lebih baik seperti Redmi Note 13.